Haru Biru Sehijau Ketenangan (Bahagian 1)

Anak di kendung itu terus menangis, usai sudah makannya namun tetap menangis, di angkat, di riba, di gomol adakalanya tangisnya tidak pernah juga bernoktah, keheningan malam bersama irama indah unggas malam sudah lama mati, hanya teriakan bayi kecil itu memecah keheningan malam bagai lahirnya cahaya mata baru ke dunia. Namun ia tidak pernah berhenti, sehingga pusingan kudrat mencari sesuap nasi di esok harinya terjejas sama sekali. "Apa sampai kiamat tidak berhenti teriakan anak kecil ini?", dengus bapa dengan persoalan yang memang tiada jawapannya. "Apa yang di mahukannya lagi? Semua rasanya sudah mencukupi, doktor pun kata anak ini sihat", rintih si bapa yang meruntun jiwanya tatkala mengenang nasibnya. Anak kecil ini menangis lagi. Angin malam itu tiada terasa walaupun hembusannya kuat menusuk tulang putih namun peluh si bapa terus menitis tanpa henti bahkan malam itu panas sekali buat si bapa. " Ini berat pasti ada 'sesuatu' pada budak ini!", sanggah si bapa kepada Lebai Man.

"Bersabarlah Ramli, anak kau ujian tuhan", nasihat Lebai Man. "Apa mudah sekali kau tuduh 'sesuatu' pada budak ini", sanggah Lebai Man lagi. Kali ini Lebai Man tidak boleh duduk diam, Lebai Man bukan biasa orangnya, pantang sekali kalau akidah orang Islam di kampungnya tercalar dek unsur-unsur luar agama. "Mari sini anak itu", pinta Lebai Man dengan ketegasan. Ramli tiada daya melawan, berkata pun usah sekali, bagai di sorongkan bantal, mudah sahaja kepercayaan tinggi di beri pada Lebai Man. "Lebai Man tolonglah", pinta Ramli yang mati akal. "Insyaallah aku usahakan", sahut Lebai Man. "Bismillahirahmanirahim..", bisik Lebai Man ke cuping telinga bayi yang putih lembut kemerahan tu. Bisikan itu perlahan namun jelas kedengaran, terkumat-kamit bibir Lebai membaca sepotong ayat suci al-Quran,sedikit pun Ramli tiada fahamnya walaupun surah Al-Falaq itu ringkas sahaja kerana kurang hatinya pada yang Esa. Nyaring sekali bacaan Lebai Man tatkala pada ayat ke empat surah tersebut ;

maksud surah ke empat itu berbunyi; "Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembuskan kepada simpulan (ikatan-ikatan)". Di kendung bayi itu kembali kepada Ramli. Ramli terkejut anaknya tidak lagi menangis seteruk tadi bahkan tidur tenang kembali."Lebai Man jampi apa?!", soal Ramli separuh jerit, hatinya penuh kegembiraan hatinya senang kembali. Unggas-unggas dan makhluk seluruh alam berirama kembali menceriakan malam-malam hari yang biasa. Dengan penuh ketenangan Lebai Man menyusun bicara "Kau balik solat 5 waktu, faham Islam betul-betul, tak tahu bertanya, jangan ego, penting diri, selalu penuhi rumah kamu dengan nur Islam, hati insan mana tidak tenang, bayi engkau ini pun tenang", tegas Lebai Man separuh nasihat tidak menjawab sedikit pun soalan di beri.

Bukan orang kampung tidak kenal kepada Lebai Man, bapanya biasa-biasa sahaja, orang keturunan parewa sahaja, tiada yang istimewa bahkan sering sahaja alpa pada yang Esa. Ibunya begitu juga, bapa ibunya iaitu datuk Lebai Man alim orangnya, tapi hilang entah di mana, jejak pun tiada, kabar jauh sekali, katanya merantau di negara orang, tidak pernah pulang, agaknya cinta pada bahasa syurga di sana. Namun datuk lupa anaknya seorang ini makin jauh dari agama bahkan alpa pada Esa. Ibu Lebai Man cukup membenci bapanya yang tidak pernah memberi sedikit kasih dan sayang, malah akidah anak perumpuannya itu kuat tergoncang dek pengaruh suaminya. Tapi orang kampung juga tidak lupa, Lebai Man jugalah orang yang telah merubah segala-galanya.

Lebai Man jugalah orang yang telah membawa ibu dan bapanya kembali mengingati pada yang Esa. Hampir seluruh kampung gempar projek Lebai Man membuka pondok moden di kampung itu, setelah hampir sedekad menghilang diri dan berhijrah dengan bekalan bawaan fitnah orang-orang kampung akibat derhakanya pada ibubapa dan orang kampung. Fitnah besar orang berdarah Melayu ini bukan kecil-kecilan fitnahnya, sampai kekubur yang wangi itu ia membenam di lubuk-lubuk jiwa orang Melayu ini.

Mengenang kembali nasib Lebai Man di Kampung Batang Keris itu ibarat titik hitam dalam sejarah hidup beliau.Ujian tuhan itu berhikmah rupa, kerana sayang tuhan pada Lebai Man, ujian itu merubah jiwa Lebai Man. Orang kampung semua tahu ibubapa Lebai Man tidak suka sikap Lebai Man yang terlalu soleh itu, bukan kerana sikap Lebai Man yang bersifat soleh untuk dirinya di benci ibubapanya, namun sikap Lebai Man yang suka pada perjuangan Islam dan ingin sekali Lebai Man mahu melihat orang kampung menjadi seperti dia walaupun tatkala itu Lebai Man usianya 17 tahun sahaja. Maka Lebai Man di maki dan di caci. Caci orang kampung bukan biasa, tahi yang hinggap di wajah itu masih biasa lagi, namun hina lagi maki orang kampung yang tersangat luar biasa itu... bersambung

Demensi Baru Sukuk Dalam Bursa Suq As-Sila'


Pertembungan antara sarjana ilmuan dan praktis industri dalam industri kewangan hari ke hari semakin rapat dan hubungan ini semakin hari semakin positif demi menggerakkan satu demensi baru dalam dunia pengkajian dan pembangunan terhadap sesuatu produk kewangan dalam industri terutama industri kewangan Islam. Dahulu ia dilihat baru dan ibarat bayi yang baru merangkak sehinggakan di peringkat pengajian tinggi bahan-bahan kajian tidak cukup banyak untuk di perolehi dalam sekitar tahun 1990 an malahan sehingga kini berani untuk penulis mengatakan ia masih memerlukan pembangunan dan masih banyak perlu diterokai dan dibangunkan dengan lebih kemas kerana rata-rata produk ini masih baru dan menghadapi persaingan dalam menarik perhatian pelabur khasnya pelabur dalam produk kewangan Islam ini.

Namun di era yang semakin mencermin luasnya kuasa Allah swt dengan dibuktikan pada agama Islam ini, ia telah menterjah pemikiran ekonomi khasnya kewangan. Sudah tentu negara sekular besar seperti Turki tidak cukup senang perkataan Islam ini mencanang di merata-rata dunia Islam di luar aspek masjid dan urusan berkaitannya. Berbalik kepada isu menarik ini, sekitar Ogos penulis telah mendengar akan usaha mengeluarkan satu sukuk baru yang sering menjadi isu dalam kewangan Islam dalam Commodity Murabahah House(CMH), dimana usaha untuk mendapatkan kecairan ini cukup banyak menimbulkan polemik dikalangan sarjana seperti International Council of Fiqh Academy (ICFA).

Cukup menarik untuk mengatakan perkara ini kerana proses pembangunan sukuk ini terkesan hasil perdebatan yang kadang-kadang tidak perlu sebenarnya pada hemat penulis tapi adalah perlu saling memahami. Isu ini menyentuh banyak hal sebelum tercetusnya Bursa Sukuk As-Sila' ini kesan praktis negara-negara yang menjalankan sistem kewangan Islam ini menghadapi budaya ekonomi yang berbeza di kawasan masing-masing. United Kingdom dengan isunya seperti London Metal Exchange (LME), Malaysia dengan Crude Palm Oil (CPO) dan berbeza juga praktis di Timur Tengah yang agak tidak selesa dengan praktis Malaysia dalam isu Bai' Al-Inah. Pengurusan kecairan ini menjadi isu besar atas dasar sebab utama iaitu MAQASID SYARIAH.


Kalau kita mendalami transaksi berkaitan pengurusan aliran kecairan dengan bersandar kepada aset (tengible assets) masalah utama adalah barangan ribawi, kerana transaksi ini melibatkan lain-lain komiditi seperti gandum, barli, garam dan barangan ribawi yang lebih besar seperti emas dan perak. Tapi isu ini penulis tidak mahu sentuh kerana terlampau banyak perbahasan di sini dikalangan sarjana Fiqh.

Cukuplah disini kiranya penulis cuba mengatakan Sukuk As-Sila' ini adalah salah satu inovasi usaha yang cuba hadir dalam menangani masalah kewangan Islam dalam peringkat yang lebih global. Inovasi sukuk ini menarik, dimana sukuk As-Sila' boleh lihat table di web Bursa Malaysia, mereka (Bursa) menyatakan Suq ini adalah melibatkan platform komoditi perdagangan antarabangsa berasaskan transaksi komiditi dalam kewangan dan pelaburan Islam berlandaskan prinsip Syariah iaitu prinsip Murabahah, Tawarruq (deffered payment) dan Musawwamah. Musawammah sebenarnya bukanlah prinsip baru ia adalah penyelesai masalah orang yang ingin terlibat dalam pelaburan tanpa ambil tahu sebarang kos dan keuntungan iaitu akad ini memberi pengertian ringkas dimana penjual tidak memberitahukan harga sebenar(pokok) dan keuntungan diperolehinya. Ia berbeza sekali dengan Murabahah dimana pembeli mengetahui kos jaminan aset tersebut.

Hakikatnya perkara ini bukan baru, penggunaan Tawarruq sebenarnya sedikit sebanyak telah mendekatkan demensi global kerana ia bukan isu dikalangan ulama Timur Tengah. Ketika penulis menyemak semula bahan-bahan lawatan industri ke RHB Islamic Investment penulis melihat keupayaan tawarruq mengganti bai al-'Inah adalah antara terbaik. Tetapi apa yang menarik di sana soal komoditi tidak berlaku, kerana ketika RHB menjalankan MoU dengan SEDANIA MEDIA dalam pelaburan sukuk tawarruq, mereka telah bersandarkan aset jaminan mereka kepada EASY PAY bukan kepada CPO apatah lagi LME, ia amat mengejutkan tapi agak lucu lagi sinis bila Head Syariah Advisor mereka Ustaz Ramadhan Al Fitri menyatakan untuk apa pelabur memiliki CPO yang cukup banyak di hadapan rumah mereka. Bagaimanapun penulis tertarik dengan isu komoditi ini melalui kata Sheikh Yusof Talal DeLorenzo ketika ditanya soal minyak dan emas. Beliau menjawab;

"The Quran and the Hadith explicitly mention gold and silver as currencies. Although they are no longer used as currencies in the world, the fact that they are explicitly mentioned in the text means they require special treatment.”


Kesimpulannya, pengkajian mendalam terhadap Al-Quran dan Hadith amat perlu supaya amalan praktis dalam kehidupan kewangan ini bersesuaian dengan Al-Quran dan Al- Hadith dimana pada masa yang sama kita menghadapi dunia perbankan yang semakin hari semakin berkembang dan mencabar. Wallahu'alam...

Mecca Development Plan


This very attractive, I have read newspaper today, the New York Times had reported Saudi Arabia plan to make improvement at Muslim holy city of Mecca under a 20 years project. They expect approval will be achieved in the month of January next year. I believe this project will change the economic region whole middle east and world too. Because this place own unique history based on past Islamic history. Mecca is economic area in middle east since Jahiliyah time.

Therefore it will attract many Islamic from worldwide to appear to not only intention fulfil Hajj in Hajj season, in fact it more attractive to doing business. Maybe Saudi Arabia Government was recognized they cannot depend on oil resources only. They must work hard to find other space to increase revenue. Below I got a lot pictures from one slide that look beautiful and elegent, I hope so.

Makkah in 2010

Fiqh Itu Mudah


Setelah sujud di dinihari, dimana subuh yang indah serta angin bercampur dengan embun sentiasa menyentuhi pipi yang masih lembap kesan sisa wudhuk sebelumnya. Rasa syukur dengan kekuatan tuhan yang sentiasa memberi sedikit mahupun secebis kekuatan dari Maha Kuasa yang di miliki-Nya. Tatkala itu senaskah buku yang pernah dibuka dahulu di selak sehelai demi sehelai dengan penuh minat. Banyak buku di ruang itu, tapi sukar untuk menyentuhnya semula. Astaghfirullah!! rupanya makin banyak terlupa. Tatkala belajar dulu pelbagai niat datang, mahu lulus peperiksaan? mahu menyampaikan ilmu pada masyarakat setelah tamat pengajian? bekalan diri sendiri? mendapat sekeping ijazah untuk bekerja? semua persoalan bermain di kepala dalam pusingan yang sentiasa menusuk-menusuk untuk mengatakan merekalah niat yang benar.

Aku alpa senaskah buku itu biasa malahan artikel nota lama banyak sekali tersisip diruang hadapan buku itu. Buku itu bukan biasa penulisnya, luar biasa Dr. Yusof Al-Qardhawi namanya. Idola aku tatkala aku mendalami ilmu fiqh, begitu juga kagum dengan Dr. Wahbah Zuhaily dan Prof. Dr Datuk Paduka Mahmod Zuhdi (Tok Mod). Satu perkara yang menarik tentang Dr. Yusof Al-Qardhawi, praktikalnya beliau dengan gerakan perjuangan Islam bukan atas bibir semata-mata. Kalau dia berkata perlunya jemaahnya Ikhwan menguasai ilmu dan pengaruh sebuah gerakan beliau telah membuktikannya dalam diri beliau.

Kata-kata beliau dan pandangan beliau berevolusi dan ia mungkin dipengaruhi kehidupan beliau yang berhijrah lebih dari sebuah negara ke sebuah negara. Beliau tidak dapat tempat di negara beliau sendiri Mesir atas sifat kejamnya rejim sekular parti pemerintah Mesir semenjak zaman Jamal Nasir lagi yang tidak senang dengan tokoh ulama berjiwa haraki ini. Namun itu semua hikmah, penulisan beliau termasuk buku yang ku baca ini adalah antara buku yang membuka mata aku dalam dunia Fiqh sebenar selain buku " Pengantar Syariah" tulisan Tok Mod dan isteri beliau. Buku Yusof al-Qardhawi berjudul " Fi Fiqh Al-Awlawiyaat : Dirasat Jadidah Fi Dhiwa' Al-Quran" merupakan antara salah satu pemahaman aku tatkala cuba melihat dan mendalami belumlah sampai tahap mengkaji terhadap kaedah-kaedah mahupun pemikiran Fiqh al-Qaradawi. 'Fiqh Al-Awlawiyaat' ini adalah salah satu dari penekanan fiqh al-Qaradawi.

Bagi mereka yang masih tidak dapat memahami ilmu syariah dan usul al-fiqh dengan baik pasti tidak dapat mendalami apatah lagi menghargai pandangan al-Qaradawi ini. Pada sesetengan golongan mereka melihat Islam sama sudut dengan ritual ibadah yang mereka laksanakan sama seperti pemahaman mereka dalam ruang lingkup terhad seperti agama lain juga. Pemikiran al-Qaradawi pada hakikatnya membuka ruang demensi yang baru dan sangat luas andai kita juga mengadaptasinya dalam kehidupan.

Pemahaman jelas terhadap Fiqh Al-Awlawiyaat membuka prospek untuk kita melihat mudahnya Islam sehingga perkara-perkara kecil yang sudah lama kita pertikai dan berbahas serta bertanya berulang kali bukan menjadi urusan kita lagi kerana kita memahami resolusinya dengan cara Islam. Syariah amat luas maknanya, dalam aspek mengumpul harta kekayaan (ekonomi), pengurusan diri dan tali darah (kekeluargaan), pengurusan negara (politik dan pentadbiran) dan juga undang-undang menjadi resepi terhadap keseluruhan perbahasan Syariah.

Perkara ini tidak dapat disenangi Yahudi laknatullah dan juga umat Islam yang tidak pernah menyintai Islam dan juga mereka yang berfikiran sangat sempit dalam Islam (iaitu golongan yang hanya melihat Islam dari aspek rohaniyah semata-mata, tapi jahil secara jasadiyah). "Politik?, Ekonomi? Pengurusan? Undang-undang? ni apasal Islam nak campur tangan", ini lah antara isi titik noda. Dalam industri kewangan Islam sebagai contoh sesetengah praktis dalam industri ini cukup rasa tidak selesa dengan pembawaan sesetengah ustaz di departmant Syariah dalam sesetengah syarikat kewangan kerana ketegasan mereka terhadap bukan sahaja duit dan cash flow itu yang perlu syariah complaince tapi pemberi dan pengurus seperti Fund Manager, CRM dan ramai lagi perlu syariah complaince terlebih dahulu.

Islam itu akan mudah apabila pemahaman keutamaan itu mematangkan muslim dalam menilai dalam amalan harian mereka. Pemahaman Fiqh ini amat cukup sederhana dan sangat konsisten dalam menterjemahkan dalam kehidupan sebenar. Sesungguhnya Allah swt mencipta kita dan dia lebih tahu siapa kita dan sunnatullah itu bukti tahap mana keupayaan manusia dan dorongan luar biasa yang mampu muslim lakukan dalam kehidupan sementara ini. Lihat dalam salah video you tube di bawah teguran Yusof Al-Qaradawi terhadap golongan Arab yang alpa dengan kekayaan minyak dan sikap malas bekerja atau bermuamalah. :-



Kesimpulannya ulama ini telah merungkai seribu satu pemikiran ulama terdahulu terhadap sesuatu hukum furu' yang menjadi ijtihad di zaman itu seperti As-Syafie, Al-Ghazali, Al-Hanbali, As-Syaibani dan ramai lagi. Tapi amat sedih muslim zaman ini membabi buta mengambil hukum furu' yang tidak relevan dengan dengan sesuatu zaman, tempat dan keadaan. Ibarat tidak mengukur baju di badan sendiri. Tapi ingat bukan bermaksud Islam itu disesuaikan dengan zaman tapi zaman itu mesti disesuaikan dengan Islam. Maka muslim zaman ini pasti berevolusi dan menikmati Islam dengan cara lebih mudah dan konsistensi.

Wallahu'alam, selamat membaca khazanah yang terlalu banyak, apapun jangan terlupa untuk berguru, takut-takut guru kita syaitan laknatullah. Na'uzubillahiminzalik..

Under Maintenance


Forgiveness greeting from me to anyone who has toured my personal blog. It still need some modification and it time-consuming. Thanks you so much from me.

Subuh


Selendang Merah Meraut Wajah,
Rantaian Bunga Tidak Pernah Mekar,
Ketika awan Melabuh Tirai,
Hati Berdarah Tiada Sudahnya,
Laksana Laksamana Tiada Jiwa Membakar,
Benarlah Berkawan itu ada Tawarnya...

Hela nafas menggoncang ritma,
Seni di sela jiwa keras merana,
Menyangka alam mendengar,
Rupanya kuasa Rabbi Bertebar....

Panggilan bersatu senafas di gerisik awan,
Bersatu manusia dengan panggilan,
Paluan illahi tak kunjung mati,
Cuma jasad itu hari-hari mati....

Bersatulah kamu di tempat itu...

Fahan Al-Gemasi
(5.43 pagi) 03 November '08
Kondo Pantai Hillpark, Phase 2, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Merungkai Secebis Pengetahuan Tasawuf Dalam Diri


Mahu pasti membawa kepada tahu dan mampu. Dan mampu itu siapa pemberi-Nya. Penulis terfikir sejenak kata-kata yang sememangnya datang dari semangat penulis blog bernama Saiful Islam. Pokok perbincangan tasawuf sememang penulis jauh dari fakihnya, pemahaman serta praktikal dan amalan yang wujud sepanjang penulis berusaha mencari kebenaran ilmu yang Allah swt turunkan di atas muka bumi ini banyak menjauhi ilmu ini untuk di terokai dan diselidiki sejarah dan latar belakang ilmu tasawuf ini.

Makanisme tasawuf mungkin penulis sekadar mampu berbicara di ruang pemahaman penulis dari pengalaman semata-mata tanpa ada coret disiplin ilmu khas yang benar-benar membuat penulis fakih terhadapnya. Mungkin ia sekadar luahan, dan juga rintihan kerana hati ini jelas sekali medambakan makanan rohani tanpa henti tambah lagi tatkala kita sunyi berkhalwat dengan roh sendiri. Manusia yang sibukkan diri janggal mendekati hal tasawuf ini mudah di polosi jiwa mereka dengan unsur bejat tanpa mereka sedari. Kerana itu Ibn Qayim al-Jawziyah sentiasa menasihatkan umat Islam sentiasa memohon keampunan setiap saat kerana manusia itu 'nasia' pelupa dan alpa.

Berbalik kepada fundemantal mana-mana sebuah gerak kerja Islam, sama ada muamalahnya dari sudut pengurusan pentadbiran, ekonomi, kemasyarakatan hatta sekecil perkara. Pokok perbincangan tauhid menjadi nadi kekuatan terhadap fundemantel berkenaan. Penulis terbaca pandangan Zaharuddin.net (merupakan senior di UM dulu), diakui selok belok 'istilah' menjadi masalah akidah yang banyak dibicarakan disitu dalam isu ESQ 165. Ia menjadi argument setengah golongan tasawuf dan juga di tolak mentah-mentah golongan salafi yang tegas dengan pandangan mereka yang kukuh.

Dari segi fiqh (pemahaman) adalah apa yang kamu tahu datang pada zaman itu memberi kesejahteraan kepada ummah ketika itu, dengan berpegang kepada manhaj teras Al-Quran dan al-Hadith. Jadi pokok apa dibicarakan ia masih pandangan peribadi masing-masing dan berhak di amalkan individu itu serta tidak berhak yang berpandangan itu menempelak mana-mana golongan yang tidak mengikutnya. Melainkan jika ia diputuskan melalui badan yang disepakati dan dipertanggungjawab dalam soal fiqh seperti badan Mufti. Maka layaklah masyarakat awam mengikut amalan dan terhapuslah pandangan individu. Dan individu yang bukan awam jika talfiq dengannya maka mereka tidak layak menolak pandangan itu dan berhak pada mereka beramal dengan pemahaman dan pandangan mereka.

Berbalik kepada isu tadi mengapa mutakhir ini ramai yang mula dambakan program seperti ESQ165? Tariqah? Tazkiyah? dan soal-soal jiwa dan rohani?. Itulah dia fundemantal muamalah Islam yang melangkaui sempadan teori manusia. Darwin, Rostow, Adam Smith, Karl Marx, Robert Owen, Harrold Domar dan banyak lagi tokoh sains sosial manusia dan pemikiran alam sendiri pun tidak mengetahui kenapa manusia ini tidak mampu diletakkan teori yang tepat dari sudut kepuasan, ekonomi, permintaan, penawaran dan kawalan. Perkara inilah Ibn Khaldun mengatakan kebanyakan teori lebih meraikan nafsu di depan berbanding sunnahtullah itu.

Hubungan dengan Allah swt merupakan tangga utama dalam tingkat dalam fundamental lain seperti hubungan dengan manusia dan makhluk-makhluk lain. Di sini longgarnya hubungan manusia dalam menjaga hubungan dengan Allah yang wujud di atas muka bumi.




Saban hari malam atau siang, umat manusia sering menghadkan diri mereka dan kemampuan mereka. Otak mereka mula di fokus pada satu titik bucu yang tidak munasabah tetapi munasabah pada logik kehidupan mereka. Jelas di sini manusia alpa akan had kemampuan mereka berfikir dimana nafsu malas, nafsu senang, nafsu harta dan seks menjadi tema mereka. Bila noktah ini tiba dan menjadi rutin kebosanan mereka apa yang terjadi dalam diri mereka? Mereka mula turun prestasi. Daya kecekapan kurang, persaingan tidak sihat berlaku, noda dan nilai integriti luput. Pada saat ini baru mereka inginkan suatu kekuatan lain. Harta jauh meninggalkan mereka. Gaji RM4k ke atas tidak mampu memberi istilah cukup. Maka apa mereka hendak. Beginilah dambanya manusia akhirnya mereka ke tikar sejadah bagi muslim mencari kekuatan diri. Bagi yang jauh dari resolusi hidayah ceritanya pasti berbeza.

PENDAHULUAN 'ISTILAH KETENANGAN'
Konfrantasi bermula disini bagi pencari hidayah yang menemui resolusi hidayah. Pertama, tahniah Allah swt masih sayang anda dan kita sentiasa mengharapkan nilai hidayah ini berada dalam diri kita sentiasa agar tidak mati kita dalam 'su' al-khatimah' pentup kehidupan yang buruk. Penulis sentiasa mengingati kata-kata positif Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmod Zuhdi(tok mod), kes Kassim Ahmad yang menolak hadith dan menerima Al-Quran semata-mata di anggap manusia yang pemikirannya explore secara peribadi dalam diri individu tersebut. Ia menjelaskan pencarian kebenaran yang melalui salah faham dalam agama. Dan pandangan tok mod tersebut menjelaskan sebagai pendakwah tidak mudahlah untuk menghukum Kassim Ahmad murtad sebaliknya mendambakan satu diskusi dalam menangani salah faham agama.

Pokoknya disini, saya pernah berbicara dengan sahabat-sahabat yang mengikut tariqah dan pelbagai kaedah tazkiyah nafs. Apa yang dapat diperhatikan dua konsep sahaja yang membuatkan saya selaku manusia yang dangkal menghujah dua jenis manusia yang benar-benar mengamalkan tasawuf yang benar atau salah. Pemerhatian yang jelas memang jalan tariqah(jalan) itu membuka ruang kita mengkaji isi dalam roh manusia dan alam ghaib serba misteri melainkan Allah swt memberi 'jalan' pengetahuan.

Manusia jenis pertama di alam tariqah, amalan dan peribadi individu itu amat dangkal dengan kehidupan. Makhluk-makhluk kehidupan yang wujud disekeliling hilang muamalahnya dalam masyarakat. Dia menyangka dia mendekati tuhan, hakikatnya ia dilihat 'paranoid'. Menyangka amalan dia sempurna. Akhlaknya tidak konsisten dan paling dibimbangi dia bersahabat dengan jin Islam dan menghujahkan wujudnya ayat-ayat khadam dalam al-Quran sehingga mengatakan dia khadamkan jin tersebut. Ternyata dia tidak sedar jin tersebut telah mengkhadamkan diri dia tanpa di sedari.

Manusia jenis kedua di alam tariqah ini, adalah manusia menghujahkan ayat al-Quran dan meyakini ayat al-Quran adalah mukjizat buat Rasulullah s.a.w. dan memahami ayat al-quran memiliki kekuatan dalam diri manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Dan dipertanggungjawab menguruskannya. Bukan sahaja mengurus JIN!!! tetapi berkewajipan atas pundak mereka mengurus dan mentadbir politik yang kian BOBROK. Ekonomi, sistem jaringan sosial. Perundangan dan pelbagai lagi.



Manusia golongan kedua ini sukar dijumpai. Sepanjang penulis hidup di medan tarbiyah di N.Sembilan sepanjang zaman persekolahan di Maahad Ahmadi. Ternyata dunia tariqah ini begitu subur di satu kawasan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Pengalaman lalu lebih melihat begitu banyak tariqah sesat dan benar muncul. Sesat lebih banyak dari benarnya. Kerana hanya dua tariqah sahaja yang dibenarkan muncul dan dibenarkan iaitu tariqah Ahmadiyah bawah pimpinan bekas mufti N.Sembilan sendiri dan satu lagi tariqah naqsyabandiah di Lenggeng.

"MASALAH AHL-TARIQIYAH YANG RANUM"



Permasalahan utama insan-insan yang mencari kekuatan diri ini adalah bila mereka terjun dari pokok payung asal. Bila tawasul terputus antara ijazah yang disampaikan tok guru yang benar ini maka ia menimbulkan konflik. Maka jangan hairan bila kita lihat ada peristiwa si pencari ketenangan yang takut terjun ke dalam bidang tasawuf terkejut dan fobia. Tok guru di hadapan yang memimpin zikir dengan serba ketenangan, si anak murid yang mengikut di belakang duduk tidak keteruan sampai naik syeikh.. Tapi bagi orang kurang faham memang tidak dapat menerima perlakuan itu seperti penulis. Mungkin anak murid tu terpaksa berlakuan pelik untuk capai tahap ketenangan tok guru.

Tetapi manusia ini belajar dari pengalaman. Rata-rata anak muda ranum di alam tariqah ini jauh dari buah pemikiran tasawuf di ajar guru. Kadangkala amalan solat pun ada yang tertinggal. Ini menyebabkan ahl- tariqah al-RANUM ini banyak menjadi manusia di golongan pertama sebagaimana penulis gambarkan. Unsur-unsur sesat masuk, tawasul dia dengan amalan manusia yang 'alim terputus, malah tawasul dia bersambung dengan amalan jin. Maka siapa khadam siapa?

Polimik yang berlaku terhadap manusia yang mencari ketenangan inilah menyebabkan rata-rata menambahkan kegerunan manusia awam takut dengan gambaran pemahaman Islam mendalam adalah di ruang itu. Banyak tokoh agama dan sarjana berkata, jika Islam itu dipandang dari sudut itu sahaja iaitu dari segi aspek kerohanian semata-mata. Maka sesat dan salah faham dalam agama akan membuah jika tidak memahami sunnahtullah sebenar dan secara syumulnya Islam itu.

Penekanan utama Islam seharus dipandang dari sudut AQIDAH itu. Mengenal Allah swt tidak sama dengan mengenal tariqah. Mengenal Allah swt secara ringkasnya mengenal siapa kita dan sunnahtullah. Mengenal Allah swt bukan cara bertemu, berhujah melihat atau sebagainya. Malah lebih dari itu, kita mengenal Allah swt sehinggakan kita mengenal bahawa Allah swt, terkeluar dari seluruh hukum alam di atas muka bumi yang lemah ini. Allah swt memiliki kekuatan labih dari minda kita. Dan Al-Quran dan al-Hadith panduan yang sebenar.

Bermula dari AQIDAH kita mula membina paksi faham kapada agama, inilah FIQH(faham) atau berkait rapat dengan syariat. Ia berputar di ruang lingkup manusiawi yang terbatas dan syariat itu dibentuk dengan faham logik kita terhadap agama berpandukan ayat firman Allah swt sebagai Al-Quran dan al-Hadith.




Dua makanisme kekukuhan terhadap syariat yang mendekatkan kepada muamalah, pengurusan pentadbiran politik, ketenteraan, sistem masyarakat dan lain-lain. Semua bentuk duniawi tidak dipandang sepi dan sunyi oleh ISLAM> > Persoalanya ternyata ayat al-Quran sepeti surah al-Baqarah : 30 menunjukkan kita memundak urusan dunia. Surah an-Nisa' : 58 kita menghukum terhadap amalan manusia dengan adil. Malahan banyak lagi ayat taklifan manusia ini dipertanggungjawab atas urusan duniawi ini dari al-Quran dan al-Hadith. Benarkah Islam sekadar complete di tahap aspek ibadat rohani? Benarkah Islam di samakan dengan agama-agama lain sekadar ritual amalan di rumah ibadat dan tempat-tempat tertentu jauh dari muamalah kepompong masyarakat? BENARKAH? jika YA!! Mudahlah golongan begini tergolong dalam pemikiran ahli tariqah pertama yang penulis perkatakan tadi.

Meminjam semangat Ibn Taymiyah di zaman beliau. Beliau bukan sengaja menjadi ulama kontravasi di zaman itu. Beliau berhujah dengan semangat mengembalikan doktrin ilmuan Islam ketika yang meninggalkan muamalah dalam masyarakat Islam sehingga terjerumus dalam sufisme ekstrim. Mungkin terlampau ramai termakan istilah duniawi dengan melabel dari seluruh aspek tanpa melihat ruang duniawi yang benar-benar melapangkan lagi ruang di akhirat.

Kesimpulannya, serumit mana pemahaman terhadap pemikiran Islam jika fundamental akidah tauhid itu tebal dan dilestarikan dengan kefahaman tinggi terhadap syariat, nescaya apa yang di istilahkan 'ISLAM the way of life' itu bukan retorik semata-mata. Ketebalan IMAN ini tidak mampu di ukur dengan zikir dan amalan semata-mata. Tetapi sejauh amalan dan zikir yang indah alunan itu di berkati dan dirahmati. Ia tiada ukuran. Jika muslim menerima award rahmat itu. Berbahagialah ia di akhirat sana. Wallahu'alam... JAGA HATI, MINDA, AKAL dan FAHAMANMU.. Sekadar berpandangan dengan mata hati yang kotor maafkan jika tersalah kata. Penulis sekadar berpandangan dari sudut kehidupan yang sempit. Mari mengejar rahmat ALLAH swt..

get this widget here