Isu Judi Bola



“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dab beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”. Surah al-Baqarah : 219

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?" Surah al-Maidah : 90-91

“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala”
Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah

Apakah mereka terlupa runtuh bangun sebuah negara sama ada segi ekonomi dan pentadbiran adalah atas sebab tangan manusia yang mengurusnya. Pemimpin yang memulakannya pasti meruntuhkannya. Apakah domba mereka menyatakan fakta ramai golongan agama tidak kukuh hujah mereka tatkala menyatakan bantahan terhadap penghalalan isu judi di Malaysia?? Adakah mereka telah di sokong hujah ulama' su'(alim agama yang jahat).

(GAMBAR HIASAN)

Ibn Khaldun dalam muqadimahnya cukup menceritakan runtuh sebuah bangsa dunia bukan faktor kekalahan di dalam peperangan tetapi kurang adabnya mereka dalam pemahaman ilmu dan tidak mengamalkannya dengan membiarkan melata ARAK, JUDI dan RIBA di dalam masyarakat. Atas faktor ini negara yang teguh lagi berdisiplin tinggi mengambil peluang mengancam dan meruntuh sebuah bangsa.

Sesungguhnya, prinsip strategi formasi tentera sejak berkurun dahulu adalah; kemungkinan 100% peluang kemenangan adalah punca serangan!! Kelemahan umat Islam yang mana di hidang dengan hiburan yang merosakkan masyarakat serta seluruh keturunan muslim adalah kemungkinan 100% untuk musuh mengadakan serangan ke atas kaum muslimin. Itulah keberanian mereka di Iraq!!! dan juga di Palestin serta negara Islam.

"Sesungguhnya, merekalah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari" Surah al-Baqarah :12

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

1) Untuk apa dipulangkan CUKAI kepada rakyat hasil CUKAI ARAK dan JUDI??? Jika rakyat masyarakat semakin musnah dengan menerima dan mengamal aktiviti yang sama sehingga tidak memberi produktif kepada pengeluaran negara?

2) Hujah apa digunakan menghalalkan lesen JUDI untuk mengelakkan judi HARAM ini? Adakah rempit halal di balas rempit haram sedangkan tetap membahayakan penunggang jalanraya lain( pemahaman berlumba di litar lumba bukan istilah rempit)...


3) Apakah rakyat di utamakan atau kerajaan di utamakan? Mengutamakan matlamat kerajaan sahaja yang bersifat kapitalis!!! Hasil matlamat mengejar peningkatan GDP yang sementara untuk mendapatkan pangkat dan nama tetapi rakyat terus tertinggal dan makin rosak hari demi hari dan generasi depan menjadi generasi cintakan hiburan?

4) Apakah pula peranan JAKIM di mana suara Menteri Agama?



APAKAH PULA PERANAN JAKIM



Persoalan yang itu tidak perlulah di jawab oleh saya mahupun masyarakat. Biarkanlah tangan-tangan yang tidak sedar akan kerosakan mereka lakukan menjawabnya dengan telus dan rapi.

Soalan ke 4 itu sahajalah sengaja saya lekatkan dan usik2 dan memberi qudwah hassanah hasil e-mail dari sahabat saya saudara Nasaie APAKAH TUJUAN HIDUP DI DUNIA WAHAI AGAMAWAN.

Cerita sebuah kisah....

"Ketika September 1999,gaji pokok beliau sebagai pensyarah kanan UiTM Jengka sebanyak RM5000. Apabila mohon berhenti untuk bertanding sebagai calon Pas dun Jengka, dia dipujuk tidak letak jawatan dan dinaikkan gaji RM6000 terus. Kenaikan tangga gaji bertangga-tangga. Rumah diberikan (teres dua tingkat) dalam kawasan kampus.

Tetapi dia tolak dan bertanding dun Jengka, menang dan perolehi gaji pokok sekadar RM3500. Satu malam dia diminta keluar dari rumahnya. Dan dalam masa yang singkat terpaksa mencari rumah sewa kecil teres setingkat di Taman Desa Jaya. Walaupun tak sebaik imam Ahmad bin Hambal, tetapi jauh lebih baik daripada Jamil Khir.

Terbaru, menitis air mata mendengar luahannya. Dia sudah membeli rumah sendiri sekitar tahun 2002. Sampai hari ini, sudah dua tahun tidak mampu membayar rumahnya kerana ketiadaan wang. Mungkin dia tidak buat pinjaman bank, jadi tidak adalah dilelong. Apapun, ulama duduk dalam Umno/kerajaan, mulut terkunci. Ulama duduk dalam gerakan Islam, hidupnya susah daripada segi dunia, tetapi mulutnya bebas, jiwa bebas dan tidak gentar.

Teringat kata-katanya, jihad paling besar di zaman ini ialah menegur pemerintah yang zalim. "

Wallahu'alam...

Kejatuhan Lagu Nasyid (Revolusi Remaja Terhadap Agama)



"Ayah beli kaset Raihan, sedap lagu Syukur 21 tu", pinta seorang anak muda kepada ayahnya.


"Lagu Saujana lagi sedap" celah adiknya pula.


Ayahnya pula yang ketika itu terkejut dengan permintaan anaknya merasakan bagai ada perubahan dari anak-anaknya.
"sepohon kayu daunnya rimbun, lebat buahnya serta bunganya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya".

"Syukur-syukur.. syukur ya Allah...."


"Sedamai taman firdausi limpahan kasih sayang sejati, seharum semerbak kasturi limpahan kasih sayang sejati,,, keluarga bahgia..."

Si Ayah menangis tatkala melihat anak-anak ibarat mengantuk di sorongkan menerima hiburan Islami.

Tatkala itu revolusi generasi tersebut bermula... RAIHAN, RABBANI, HIJJAZ dan SAUJANA serta beberapa kumpulan nasyid di awal 90'an mula menyinggah anak-anak kecil yang mula merobah menjadi muda remaja.


Semenjak itu, pengajian pondok yang sepi dipandang tinggi. Sekolah Agama Al-Masyhor Pulau Pinang tiba-tiba menjadi terkenal, sekolah Agama Persekutuan menjadi rebutan, Kolej Islam Klang terus menyinar, maahad-maahad di seluruh agama tidak menang tangan sehingga dibuat tapisan.

Tatkala itu, gelombang hijau Islami berkembang. Anak hari itu mula menjadi generasi hebat. Bekas pelajar sekolah agama mula memberi saingan hebat sama ada dari segi akademik dan ko-kurikulum. Maahad Muhamadi Lil Banat dan Banin terus menyelongkar kredebiliti seorang muslim yang menoraka dua bidang.

Saban hari di sekeliling-sekeliling kita di peringkat IPTA cukup ramai graduan IPTA keluaran aliran agama mula menguasai pelbagai bidang. Generasi ini bagai mula menjarah setiap ruang genap pelusuk bumi Malaysia.

Anak-anak Melayu muda-mudi mula sensitif dengan isu-isu agama. Mereka mula bijak menguasai agama. Golongan ini semakin besar dan mula memasuki era 30-an satu hari kelak dan golongan inilah bakal merubah agama.

Pendakwah-pendakwah sekalian. Inilah teknik dakwah yang dulu di masjid-masjid warga emasi di utamakan. Andai generasi 'REBUNG' kita utamakan. Mereka ini semakin berkembang.

Kita menerima hakikat bukan semua di sekolah aliran agama itu menjadi. Ada yang lari dari sekolah agama tidak tahan dengan disiplinnya. Tidak tahan dengan keindahan Bahasa Arab dan tidak tahan dengan pelbagai cabaran. Program realiti seperti Imam Muda, Akademi al-Quran sedikit sebanyak telah menceritakan kesan dakwah terhadap generasi muda yang menyebabkan cukup ramai ibu bapa berbangga dengan anak mereka ketika.


Negatifnya Generasi Ini di Mata Masyarakat


Dan tidak dilupa tidak kurang enaknya bila dengar bekas aliran agama membuat pelbagai "dajal" sehingga wartawan Metro selaku makalah akhbar gosip dan tajuk panas yang tidak membina di Malaysia meletak di muka hadapan seperti Ustazah terlampau di cekup panas. Pelajar IPTA dan IPTS yang berkhalwat.

Fahamilah “Apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami beriman, sedang mereka belum diuji? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta ". Ankabut: 2-3

Syurga itu tempat kejaran manusiawi dan cukup ramai mengejarnya TETAPI berapa ramai berusaha kearahnya melainkan ramai yang menempelak golongan yang mengejarnya. Kerana mengejar syurga ini tidak bersendirian. Ianya kerja jemaah. Kerja jemaah membuat manusia memandang setia inci tubuh. Tetapi Allah swt tetap mendatangkan ujian kepada genarasi ini...
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” Muhammad: 31

Janganlah kamu mengalah wahai generasi pemimpin. Generasi muda ini semakin berkembang melawan noda lama masyarakat di Malaysia ini. Teruskan perjuangan membentuk dakwah iman."Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka)". Ali lmran: 141

Namun persoalannya sekarang sorotan zaman ini makin menguncup. Anak-anak muda remaja hari ini bukan anak muda zaman 90'an. Hanya saki baki antara mereka masih mampu menongkah zaman kerana si abang dan kakak menjadi contoh mereka. Lagu2 nasyid Indah dahulu di mainkan semula. Si anak remaja hari ini mula jauh dari jarum harum dakwah bawaan RAIHAN, RABBANI dan ramai lagi.

Kemanakah hala tuju anak-anak kecil kita ketika ini??? Satu persoalan yang masih bersarang di minda?? Dan cukup menakutkan. Hiburan dakwah ketika ini tidak mampu menampung hiburan bejat yang makin menular. Malaysia bernasib baik ada anak-anak muda di Indonesia dan dunia Arab pula menyesuaikan hiburan Islami untuk di balas balik ke bumi Malaysia ini... Hanya nasyid revolusi si REBUNG. Indahnya hidup bersyariat...

get this widget here