"Ayah beli kaset Raihan, sedap lagu Syukur 21 tu", pinta seorang anak muda kepada ayahnya.
"Lagu Saujana lagi sedap" celah adiknya pula.
Ayahnya pula yang ketika itu terkejut dengan permintaan anaknya merasakan bagai ada perubahan dari anak-anaknya.
"sepohon kayu daunnya rimbun, lebat buahnya serta bunganya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya".
"Syukur-syukur.. syukur ya Allah...."
"Sedamai taman firdausi limpahan kasih sayang sejati, seharum semerbak kasturi limpahan kasih sayang sejati,,, keluarga bahgia..."
Si Ayah menangis tatkala melihat anak-anak ibarat mengantuk di sorongkan menerima hiburan Islami.
Tatkala itu revolusi generasi tersebut bermula... RAIHAN, RABBANI, HIJJAZ dan SAUJANA serta beberapa kumpulan nasyid di awal 90'an mula menyinggah anak-anak kecil yang mula merobah menjadi muda remaja.
Semenjak itu, pengajian pondok yang sepi dipandang tinggi. Sekolah Agama Al-Masyhor Pulau Pinang tiba-tiba menjadi terkenal, sekolah Agama Persekutuan menjadi rebutan, Kolej Islam Klang terus menyinar, maahad-maahad di seluruh agama tidak menang tangan sehingga dibuat tapisan.
Tatkala itu, gelombang hijau Islami berkembang. Anak hari itu mula menjadi generasi hebat. Bekas pelajar sekolah agama mula memberi saingan hebat sama ada dari segi akademik dan ko-kurikulum. Maahad Muhamadi Lil Banat dan Banin terus menyelongkar kredebiliti seorang muslim yang menoraka dua bidang.
Saban hari di sekeliling-sekeliling kita di peringkat IPTA cukup ramai graduan IPTA keluaran aliran agama mula menguasai pelbagai bidang. Generasi ini bagai mula menjarah setiap ruang genap pelusuk bumi Malaysia.
Anak-anak Melayu muda-mudi mula sensitif dengan isu-isu agama. Mereka mula bijak menguasai agama. Golongan ini semakin besar dan mula memasuki era 30-an satu hari kelak dan golongan inilah bakal merubah agama.
Pendakwah-pendakwah sekalian. Inilah teknik dakwah yang dulu di masjid-masjid warga emasi di utamakan. Andai generasi 'REBUNG' kita utamakan. Mereka ini semakin berkembang.
Kita menerima hakikat bukan semua di sekolah aliran agama itu menjadi. Ada yang lari dari sekolah agama tidak tahan dengan disiplinnya. Tidak tahan dengan keindahan Bahasa Arab dan tidak tahan dengan pelbagai cabaran. Program realiti seperti Imam Muda, Akademi al-Quran sedikit sebanyak telah menceritakan kesan dakwah terhadap generasi muda yang menyebabkan cukup ramai ibu bapa berbangga dengan anak mereka ketika.
Negatifnya Generasi Ini di Mata Masyarakat
Dan tidak dilupa tidak kurang enaknya bila dengar bekas aliran agama membuat pelbagai "dajal" sehingga wartawan Metro selaku makalah akhbar gosip dan tajuk panas yang tidak membina di Malaysia meletak di muka hadapan seperti Ustazah terlampau di cekup panas. Pelajar IPTA dan IPTS yang berkhalwat.
Fahamilah “Apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami beriman, sedang mereka belum diuji? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta ". Ankabut: 2-3
Syurga itu tempat kejaran manusiawi dan cukup ramai mengejarnya TETAPI berapa ramai berusaha kearahnya melainkan ramai yang menempelak golongan yang mengejarnya. Kerana mengejar syurga ini tidak bersendirian. Ianya kerja jemaah. Kerja jemaah membuat manusia memandang setia inci tubuh. Tetapi Allah swt tetap mendatangkan ujian kepada genarasi ini...
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” Muhammad: 31
Janganlah kamu mengalah wahai generasi pemimpin. Generasi muda ini semakin berkembang melawan noda lama masyarakat di Malaysia ini. Teruskan perjuangan membentuk dakwah iman."Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka)". Ali lmran: 141
Namun persoalannya sekarang sorotan zaman ini makin menguncup. Anak-anak muda remaja hari ini bukan anak muda zaman 90'an. Hanya saki baki antara mereka masih mampu menongkah zaman kerana si abang dan kakak menjadi contoh mereka. Lagu2 nasyid Indah dahulu di mainkan semula. Si anak remaja hari ini mula jauh dari jarum harum dakwah bawaan RAIHAN, RABBANI dan ramai lagi.
Kemanakah hala tuju anak-anak kecil kita ketika ini??? Satu persoalan yang masih bersarang di minda?? Dan cukup menakutkan. Hiburan dakwah ketika ini tidak mampu menampung hiburan bejat yang makin menular. Malaysia bernasib baik ada anak-anak muda di Indonesia dan dunia Arab pula menyesuaikan hiburan Islami untuk di balas balik ke bumi Malaysia ini... Hanya nasyid revolusi si REBUNG. Indahnya hidup bersyariat...
0 comments: