Penyakit Hati Yang Halus


Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Riwayat Abu Daud)

Cubaan untuk mengetahui isi hati itu adalah kerja luar biasa seorang manusia biasa. Tidak ramai menyelami kembali jiwa melainkan jika resah dan beban hadir dalam hati. Ramai hari ini hanya kembali kepada-Nya tatkala berhajat pada dunia yang tiada memberi puas pada hati manusia dan ramai juga hari ini kembali juga kepada-Nya bila isi dunia tidak memihak kepada diri, hati dan kehendak mereka. PERSOALANNYA SIAPA YANG SERING TUNDUK KEPADANYA WALAU SUSAH DAN SENANG?

Menyerah nilai agama kepada individu bernama ustaz atau ustazah adalah kejahilan yang nyata dalam diri manusi terutama perkara-perkara kecil. Ujian yang kecil sahaja telah menggoncang hati manusia yang rapuh lagi lemah akidahnya. Meyakini syurga dan neraka adalah urusan hari kemudian tanpa usaha apa-apa ketika hidup adalah nista yang merajai bejat manusia. Bila kritik atas makhluk muslim yang menjauhi ilmu fardhu ‘ain, maka bertebaran ke atas guru agama yang dilabel mudah membenci dan menuduh. Sedangkan mereka lupa ibubapa muslim yang SAYANGkan nilai akidah anak-anak merek juga lebih gemar HINA meraka dalam kasih sayang. Ketahuilah hanya SYAITAN itu penuh sekali pujuk rayu.

Ada satu kisah di zaman Nabi saw, tatkala di utuskan kepada raja-raja besar di Negara yang memiliki empayar besar ternyata di sahut beberapa hamba berjiwa merdeka dan besar seperti utusan surat kepada Heraklius yang dibawa oleh Dihya b. Khalifa, surat kepada Kisra dibawa oleh Abdullah b. Hudhafa, surat kepada Najasyi oleh 'Amr b. Umayya, surat kepada Muqauqis oleh Hatib b. Abi Balta'a, surat kepada penguasa Oman oleh 'Amr bin'l-'Ash, surat kepada penguasa Yamama oleh Salit b. 'Amr, surat kepada raja Bahrain oleh al-'Ala bin'l-Hadzrami, surat kepada Harith al-Ghassani, raja perbatasan Syam, oleh Syuja' b. Wahb, surat kepada Harith al-Himyari, raja Yaman, oleh Muhajir b. Umayya.

Setengah riwayat menyatakan setiap kali jiwa hamba ini menerjah ke Istana tersergam indah dan bangunan pencakar langit. Raja-raja (CEO) Negara bukan Islam ini dicampak Allah swt rasa gerun yang dasyat dengan hanya melihat seorang hamba memacu kuda masuk ke istana menyampaikan hanya sekalung utusan. Hamba-hamba ini jauh dari rasa gerun di hati mereka. CEO-CEO melihat seekor singa yang GAGAH menerjah ke Istina mereka. Subhanallah!! Ketahuilah manusia yang kukuh akidahnya inilah dikatakan muslim tiada penyakit WAHAN di hati mereka.

Dalam hati mereka hanya Allah swt sebagai wadah kehidupan sebenar. Setiap akidah yang cantik itu pasti menghubungkan dengan kuasa Allah swt yang maha mencipta ke atas setiap sesuatu. Sesungguhnya jiwa akidah ini pasti memurnika hati-hati yang berpenyakit. Halus penyakit masyarakat mengejar WANG, WANITA, PANGKAT, KUASA dan KEKAYAAN secara sia-sia demi perut sendiri. Kenapa tidak mengubah WANG, WANITA, PANGKAT, KUASA dan KEKAYAAN hanya demi Allah swt. Demi kekayaan Negara Islam tanpa memijak muslim senafas. Demi Wang tanpa mengamalkan keuntungan semata-mata dan menjauhi RIBA. Demi pangkat dan kuasa untuk membentuk polisi dan mengawal kebejatan individu orang GILA KUASA. Demi wanita untuk membentuk baitulmuslim membina banteng Negara dengan waris JilulQuran (generasi Al-Quran).

TERNYATA tidak ramai bernafas dalam akidah ini. Hanya melihat nilai agama Islam seperti orang bukan Islam melihat agama sebagai nilai tambah semata-mata dalam amalan kehidupan.. OoooH penyakit HATI yang cukup Halus....

MELAYU ISLAM




"Anak kecil main api, terbakar hatinyanya yang sepi, air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang"


Bila menyanyi retorik lagu Melayu ini, racisme membuak dalam diri, tidak percaya rezeki Allah, tidak lihat ISLAM menunjangi BANGSA. Maka mata meliar melihat akar BANGSA menunjangi ISLAM. Lupa ISLAM itu rahmatan lil 'alamin (rahmat sekalian alam), yang menunjangi seluruh bangsa di dunia. Lupa menaikkan nama ISLAM, utamanya menaikkan nama BANGSA. Bangga selaku BANGSA, sepi selaku pejuang ISLAM.


Buta haraki dan nilai dakwah ISLAM, cinta nasib BANGSA berdosa. Lantaran itu, Allah swt membalas segalanya. Bangsa banyak jatuh dihina, BANGSA 'Ad di azab ditiup angin gagah ciptaan tuhan !!! BANGSA Tsamud di telan bumi hancur luluh berkecai!!!, BANGSA Nuh tenggelam dengan lautan dalam!!! BANGSA Sadum tenggelam dek gempa bumi!!! BANGSA Madyan hancur dalam gempita dan kegersangan bumi bertimbunan jasad tidak bernyawa!!! BANGSA Firaun tenggelam dalam belahan lautan!!! BANGSA Israel Zionis sesat sehingga penghujung dunia!!!


Adakah ini penghujungnya kehidupan si pencinta BANGSA!! Biar mati anak jangan mati adat ??, Berimankah kalam ini... Apakah kamu memahami maksud ADAT? Adat di definisikan sesuatu kebiasaan atau upacara tindakan yang sudah sebati dengan suatu keadaan tempat dan masyarakat. Apa jadi jika ADAT fasid runtuh IMAN, mana letak ISLAM mu?


Adakah ADAT yang rosak ini mampu dipertahan? Adakah ADAT hiburan jadi santapan? Adakah MELAYU dihidangkan dengan adat nilai ISLAM di pejamkan.. Oh bangsa apa ini. Memang binasa!!!!.


Hedonisme pada anak2 tidak mengapa lagi di bibir BANGSA hina ini!! Gubah lah lagu di atas kepada BANGSA hinamu yang telah lama dipijak itu. Kenapa lirikkannya pada nafas assobiyah. ISLAM tiada dalam dirimukah. Ramai juga cendiakawan berhujah goncang, berhujah rapuh merapatkan MELAYU mu dalam nafas ISLAM??? Ternyata buta mata hatimu hakikatnya. ISLAM yang luas nafasnya, panjang nafasnya cuba dikecilkan dalam nafas sesak MELAYU mu???


MELAYU ISLAM ramai bodoh. BODOH lagi hati pemBANGSA, bila BANGSA menutup mata kezaliman BANGSA tanpa bernafas dalam hikmah ISLAM maka hancurlah BANGSA itu. Alangkah bodohnya mereka mempertahankan perkara TIADA kerana BANGSA itu tiada apa-apa ISLAM tetap disana.

Pelangi Malam


Merah hitam hijau mata jiwa,
Memudar warna pelangi merah kajambuan,
Lembut helaian rambut jiwa memagar tusukan nasfu,
Peta kehidupan menyinggah lengkap tidak berupa.

Sekelumit akidah itu menghembus angin malam,
Malam dingin mendengar lagu suci mencari erti kebenaran,
Duga menyingkap hembusan khasyaf dalam nafas Istikharah,
Ternyata lemah jasad tunduk berserah layu pada Maha Mengetahui.

Alam ini adil jelas dalam neracanya,
Ada mahu dipasangkan dengan pasangan senafasnya,
Bunga mawar melukakan hati dan terluka terusan,
Ternyata sekelumit akidah membunga keimanan terus mengapuskan durjana mawar.

Langit malam di lihat cerah dalam kegelapan,
Ternyata si pencipta langit menghujan petanda sinar bintangnya,
Lembut dan sabar nadi pemuda baik-baik itu,
Ternyata tempatnya adalah wanita baik-baik itu.

Farhan Al-Gemasi,

6.30 ptg,
Jalan Raja Laut.
13/12/2010

Isu Judi Bola



“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dab beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”. Surah al-Baqarah : 219

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?" Surah al-Maidah : 90-91

“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala”
Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah

Apakah mereka terlupa runtuh bangun sebuah negara sama ada segi ekonomi dan pentadbiran adalah atas sebab tangan manusia yang mengurusnya. Pemimpin yang memulakannya pasti meruntuhkannya. Apakah domba mereka menyatakan fakta ramai golongan agama tidak kukuh hujah mereka tatkala menyatakan bantahan terhadap penghalalan isu judi di Malaysia?? Adakah mereka telah di sokong hujah ulama' su'(alim agama yang jahat).

(GAMBAR HIASAN)

Ibn Khaldun dalam muqadimahnya cukup menceritakan runtuh sebuah bangsa dunia bukan faktor kekalahan di dalam peperangan tetapi kurang adabnya mereka dalam pemahaman ilmu dan tidak mengamalkannya dengan membiarkan melata ARAK, JUDI dan RIBA di dalam masyarakat. Atas faktor ini negara yang teguh lagi berdisiplin tinggi mengambil peluang mengancam dan meruntuh sebuah bangsa.

Sesungguhnya, prinsip strategi formasi tentera sejak berkurun dahulu adalah; kemungkinan 100% peluang kemenangan adalah punca serangan!! Kelemahan umat Islam yang mana di hidang dengan hiburan yang merosakkan masyarakat serta seluruh keturunan muslim adalah kemungkinan 100% untuk musuh mengadakan serangan ke atas kaum muslimin. Itulah keberanian mereka di Iraq!!! dan juga di Palestin serta negara Islam.

"Sesungguhnya, merekalah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari" Surah al-Baqarah :12

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

1) Untuk apa dipulangkan CUKAI kepada rakyat hasil CUKAI ARAK dan JUDI??? Jika rakyat masyarakat semakin musnah dengan menerima dan mengamal aktiviti yang sama sehingga tidak memberi produktif kepada pengeluaran negara?

2) Hujah apa digunakan menghalalkan lesen JUDI untuk mengelakkan judi HARAM ini? Adakah rempit halal di balas rempit haram sedangkan tetap membahayakan penunggang jalanraya lain( pemahaman berlumba di litar lumba bukan istilah rempit)...


3) Apakah rakyat di utamakan atau kerajaan di utamakan? Mengutamakan matlamat kerajaan sahaja yang bersifat kapitalis!!! Hasil matlamat mengejar peningkatan GDP yang sementara untuk mendapatkan pangkat dan nama tetapi rakyat terus tertinggal dan makin rosak hari demi hari dan generasi depan menjadi generasi cintakan hiburan?

4) Apakah pula peranan JAKIM di mana suara Menteri Agama?



APAKAH PULA PERANAN JAKIM



Persoalan yang itu tidak perlulah di jawab oleh saya mahupun masyarakat. Biarkanlah tangan-tangan yang tidak sedar akan kerosakan mereka lakukan menjawabnya dengan telus dan rapi.

Soalan ke 4 itu sahajalah sengaja saya lekatkan dan usik2 dan memberi qudwah hassanah hasil e-mail dari sahabat saya saudara Nasaie APAKAH TUJUAN HIDUP DI DUNIA WAHAI AGAMAWAN.

Cerita sebuah kisah....

"Ketika September 1999,gaji pokok beliau sebagai pensyarah kanan UiTM Jengka sebanyak RM5000. Apabila mohon berhenti untuk bertanding sebagai calon Pas dun Jengka, dia dipujuk tidak letak jawatan dan dinaikkan gaji RM6000 terus. Kenaikan tangga gaji bertangga-tangga. Rumah diberikan (teres dua tingkat) dalam kawasan kampus.

Tetapi dia tolak dan bertanding dun Jengka, menang dan perolehi gaji pokok sekadar RM3500. Satu malam dia diminta keluar dari rumahnya. Dan dalam masa yang singkat terpaksa mencari rumah sewa kecil teres setingkat di Taman Desa Jaya. Walaupun tak sebaik imam Ahmad bin Hambal, tetapi jauh lebih baik daripada Jamil Khir.

Terbaru, menitis air mata mendengar luahannya. Dia sudah membeli rumah sendiri sekitar tahun 2002. Sampai hari ini, sudah dua tahun tidak mampu membayar rumahnya kerana ketiadaan wang. Mungkin dia tidak buat pinjaman bank, jadi tidak adalah dilelong. Apapun, ulama duduk dalam Umno/kerajaan, mulut terkunci. Ulama duduk dalam gerakan Islam, hidupnya susah daripada segi dunia, tetapi mulutnya bebas, jiwa bebas dan tidak gentar.

Teringat kata-katanya, jihad paling besar di zaman ini ialah menegur pemerintah yang zalim. "

Wallahu'alam...

Kejatuhan Lagu Nasyid (Revolusi Remaja Terhadap Agama)



"Ayah beli kaset Raihan, sedap lagu Syukur 21 tu", pinta seorang anak muda kepada ayahnya.


"Lagu Saujana lagi sedap" celah adiknya pula.


Ayahnya pula yang ketika itu terkejut dengan permintaan anaknya merasakan bagai ada perubahan dari anak-anaknya.
"sepohon kayu daunnya rimbun, lebat buahnya serta bunganya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya".

"Syukur-syukur.. syukur ya Allah...."


"Sedamai taman firdausi limpahan kasih sayang sejati, seharum semerbak kasturi limpahan kasih sayang sejati,,, keluarga bahgia..."

Si Ayah menangis tatkala melihat anak-anak ibarat mengantuk di sorongkan menerima hiburan Islami.

Tatkala itu revolusi generasi tersebut bermula... RAIHAN, RABBANI, HIJJAZ dan SAUJANA serta beberapa kumpulan nasyid di awal 90'an mula menyinggah anak-anak kecil yang mula merobah menjadi muda remaja.


Semenjak itu, pengajian pondok yang sepi dipandang tinggi. Sekolah Agama Al-Masyhor Pulau Pinang tiba-tiba menjadi terkenal, sekolah Agama Persekutuan menjadi rebutan, Kolej Islam Klang terus menyinar, maahad-maahad di seluruh agama tidak menang tangan sehingga dibuat tapisan.

Tatkala itu, gelombang hijau Islami berkembang. Anak hari itu mula menjadi generasi hebat. Bekas pelajar sekolah agama mula memberi saingan hebat sama ada dari segi akademik dan ko-kurikulum. Maahad Muhamadi Lil Banat dan Banin terus menyelongkar kredebiliti seorang muslim yang menoraka dua bidang.

Saban hari di sekeliling-sekeliling kita di peringkat IPTA cukup ramai graduan IPTA keluaran aliran agama mula menguasai pelbagai bidang. Generasi ini bagai mula menjarah setiap ruang genap pelusuk bumi Malaysia.

Anak-anak Melayu muda-mudi mula sensitif dengan isu-isu agama. Mereka mula bijak menguasai agama. Golongan ini semakin besar dan mula memasuki era 30-an satu hari kelak dan golongan inilah bakal merubah agama.

Pendakwah-pendakwah sekalian. Inilah teknik dakwah yang dulu di masjid-masjid warga emasi di utamakan. Andai generasi 'REBUNG' kita utamakan. Mereka ini semakin berkembang.

Kita menerima hakikat bukan semua di sekolah aliran agama itu menjadi. Ada yang lari dari sekolah agama tidak tahan dengan disiplinnya. Tidak tahan dengan keindahan Bahasa Arab dan tidak tahan dengan pelbagai cabaran. Program realiti seperti Imam Muda, Akademi al-Quran sedikit sebanyak telah menceritakan kesan dakwah terhadap generasi muda yang menyebabkan cukup ramai ibu bapa berbangga dengan anak mereka ketika.


Negatifnya Generasi Ini di Mata Masyarakat


Dan tidak dilupa tidak kurang enaknya bila dengar bekas aliran agama membuat pelbagai "dajal" sehingga wartawan Metro selaku makalah akhbar gosip dan tajuk panas yang tidak membina di Malaysia meletak di muka hadapan seperti Ustazah terlampau di cekup panas. Pelajar IPTA dan IPTS yang berkhalwat.

Fahamilah “Apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami beriman, sedang mereka belum diuji? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta ". Ankabut: 2-3

Syurga itu tempat kejaran manusiawi dan cukup ramai mengejarnya TETAPI berapa ramai berusaha kearahnya melainkan ramai yang menempelak golongan yang mengejarnya. Kerana mengejar syurga ini tidak bersendirian. Ianya kerja jemaah. Kerja jemaah membuat manusia memandang setia inci tubuh. Tetapi Allah swt tetap mendatangkan ujian kepada genarasi ini...
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” Muhammad: 31

Janganlah kamu mengalah wahai generasi pemimpin. Generasi muda ini semakin berkembang melawan noda lama masyarakat di Malaysia ini. Teruskan perjuangan membentuk dakwah iman."Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka)". Ali lmran: 141

Namun persoalannya sekarang sorotan zaman ini makin menguncup. Anak-anak muda remaja hari ini bukan anak muda zaman 90'an. Hanya saki baki antara mereka masih mampu menongkah zaman kerana si abang dan kakak menjadi contoh mereka. Lagu2 nasyid Indah dahulu di mainkan semula. Si anak remaja hari ini mula jauh dari jarum harum dakwah bawaan RAIHAN, RABBANI dan ramai lagi.

Kemanakah hala tuju anak-anak kecil kita ketika ini??? Satu persoalan yang masih bersarang di minda?? Dan cukup menakutkan. Hiburan dakwah ketika ini tidak mampu menampung hiburan bejat yang makin menular. Malaysia bernasib baik ada anak-anak muda di Indonesia dan dunia Arab pula menyesuaikan hiburan Islami untuk di balas balik ke bumi Malaysia ini... Hanya nasyid revolusi si REBUNG. Indahnya hidup bersyariat...

Benarkah Tindakan Kita Dalam Isu Kalimah Allah?


Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum,

"Kalau benarlah bumi ini untuk orang Islam tidak akan Allah swt jadikan bumi ini untuk orang kafir..."

"Kalau benarlah Allah swt tidak jadikan bumi ini untuk orang kafir, maka tidak sekali Allah swt menjadikan makhluk bernama manusia dengan KURNIAAN AKAL.."

Begitulah bentak hati mendengar segolongan manusia yang terus menerus membangunkan dan membangkitkan fahaman buta tuli dalam soal akidah tetapi naif sehingga tindakan mereka yang disangka pada diri mereka dan sesetengah yang bersefahaman dengan mereka, BETUL tetapi belum tentu benar-benar betul.

Menjustifikasikan seorang manusia bernama muslim dalam isu kalimah Allah swt dalam cara yang tidak beradab benar-benar terkeluar dari landasan adab perbincangan dalam soal KHILAF(berselisih pendapat).

Kalau adab ini tiada dalam Islam sudah lama ulama besar terdahulu berselisih dan bertelagah, sehingga perang saudara juga mungkin terjadi. Ini ramai tidak sedar. Maka pasti timbul soalan kepada ustaz farhan. "Bukankah soal agama ini yang berkaitan akidah tiada selisihnya?" Jawapan saya, benar dan mungkin juga tidak benar.

Mungkin juga tidak benar kerana dalam beberapa isu terpencil Imam Ibn Qayim al-Jauziyah, Imam Ibn Hajar, Imam Ibn Hazmi dan beberapa ulama usuludin itu sendiri berselisih dalam soal isu-isu tertentu seperti tanda-tanda orang mati syahid dan lain.

Tetapi BENAR tidak berselisih pada jawapan saya adalah pada pokok akidah tauhid uluhiyah dan rububiyah yang bersangkutan perkara berkaitan tuhan yang Esa dan lain-lain hal.

Kontradiknya disini adalah kembali kepada isu sebenar, bila segolongan mereka berdiri teguh dengan hujah yang dilihat dari mata kasar kukuh dan tidak mampu digoncang badai ombak sekalipun. Hakikatnya ia serapuh nafsu akal yang kurang mendalami masej dari dalam Al-Quran dan Al-Hadith.

Kenapa saya berkata sedemikian, lihat dua watak bercakaran dalam soal isu kalimah Allah swt. Dua-dua masih memegang kekukuhan akidah dan penerapan terbaik, tetapi salah seorang dari mereka sedang hancur dalam kedaifan nilai fiqh (syariat sebenar).

Mereka terlupa fiqh dengan non-muslim. Mulut mereka mengatakan tiada satu pun berkaitan Al-Quran dan Al-Hadith tentang tahaluf siyasi, politik dan perkara seumpamanya. Non-muslim dikatakan jijik dan muslim itu perlu menjauhi mereka sejauh yang mungkin. BENARKAH INI KENYATAAN seorang bernama muslim yang mendabik memahami Islam? Pada saya isu ini lebih kepada teknik fiqh dalam tindakan kita. Bukan lagi isu akidah dalam dombaan mereka.

Bangkitlah dan hadapi kenyataan menghadapi suasana ('urf') adalah kaedah terbaik mengelakkan kita seperti muslim yang tidak mampu menghadapi masyarakat berbilang kaum. Adakah ALLAH swt tidak kurniakan AKAL untuk kita bijak menyantuni bukan muslim. Adakah benar semua bukan muslim yang diciptakan Allah swt benar-benar perlu diperangi seluruhnya. Adakah kita pernah menonjolkan keindahan ISLAM di HATI-HATI mereka.

PERNAHKAH NON-MUSLIM di Malaysia memahami agama Islam suci ini sebaik pemahaman non-muslim luar negara? Walaupun 50 tahun lebih kita merdeka dengan sebuah negara di pimpin muslim pernahkah keseluruhan mereka memahami dengan baik ISLAM yang syumul itu?

ADAKAH BENAR NON-MUSLIM itu dijijikkan sehingga kita dituduh mengotori iman kita tatkala berhadapan dengan mereka. SEDANGKAN umat Islam sendiri membuta tuli akan hukum Islam yang perlu ditegakkan di Malaysia. Salam sayang buat YB Zulkifli Nordin yang mencintai agama, tetapi tindakannya dan tutur katanya tidak sebaris dengan tuntutan agama bila berhadapan dengan non-muslim. Sekadar teguran buat diri saya dan warga EPF yang mendengar ceramah YB Zulkifli Nordin semalam.

Seharu Biru Sehijau Ketenangan (Bahagian 2)

"Pantang Melayu di cabar !!", bentak Pak Long, bapa saudara Lebai Man yang mengetuai sidang perhimpunan satu parti 20 tahun lalu. Lebai Man duduk di sisi di panggil baca doa sahaja ketika itu. Majlis tamat, hadir berduyun sekumpulan penari dengan meriahnya, menanda temasya kecil kampung bakal bermula, sedikit demi sedikit sahutan penduduk kampung menggila sepenuh nafsu menari sekali bersama penari. Dari duduk bersahaja di kerusi plastik itu, bingkas bangun sekalian penduduk dengan godaan berhibur yang hadir tanpa dipaksa. Majlis meriah sekali dengan gelak tawa isi kampung yang tiada sudahnya.

Jiwa muda Lebai Man ketika itu tidak mampu dikawal dengan benak fikiran yang waras, ibarat tangan yang menahan ombak begitulah jiwa Lebai Man. Sabar Lebai Man sudah lama jauh pergi, ayahnya menari dengan janda muda kampung sebelah yang amat terkenal itu di kalangan 'ibu-ibu berlaki'. Ibunya membuntang mata melawan amarah di jiwa lantas tidak mahu kalah juga menari lagak orang muda bersama-sama pemuda parewa. Tatkala itu emosi Lebai Man tiada noktah, lagaknya mula berbuat sesuatu, wajahnya bengis dan penuh benci sekali akan peristiwa di sekelilingnya.


"Boooomm...!!!", letupan berlaku. "Pengganas? Terrorist !!!??", orang kampung berlari bertempiaran tidak cukup tanah dan cuba meloloskan diri tanpa arah tujuan. Saat yang mencemaskan telah menyebabkan seluruh kampung bingit dan saling tertanya apa yang telah berlaku. Dalam keadaan yang mencemaskan itu perlahan-perlahan sayup kedengaran sebuah teriakan yang semakin jelas penuh dengan kemarahan yang meluap semeluap api yang masih rakus menjamah seluruh dapur di belakang balai raya. Asap hitam berkepul-kepul terbang ke udara tanpa arah, sehitam dan semarak api itulah teriakan Lebai Man yang semakin jelas setelah berhentinya ledakan letupan yang kuat tadi. "Puas aku!, wahai ahli Neraka!!! Sedar apa yang kamu telah lakukan ini!!! Sia-sia aku doakan orang jahanam macam kamu semua ni!!! " jerit Lebai Man diiringi bunyi api yang sayup-sayup menjamah rangka dapur belakang balai raya itu.

"Ibu tolong adik!", tiba-tiba Lebai Man terhenti teriaknya dek teriakan kesakitan seorang kanak-kanak kecil. Jauh di hati Lebai Man tidak menyangka masih ada yang berhampiran di dapur balai raya. Di sangka awalnya semua berada di ruang majlis, rupanya ada anak kecil, habis lecur separuh mukanya di jilat api. Lebai Man menggigil ketakutan, budak kecil itu bukan siapa adik perumpuan angkatnya. Ibunya mejaganya kerana menginginkan seorang anak perempuan, penduduk kampung bertambah gamat."Long Man, tolong adik!", teriak adiknya memanggil Lebai Man. Runtun hati dan sayu melanda dalam diri Lebai Man melihat adik kesayangannnya yang cukup rapat dengan Lebai Man. Tatkala itu Lebai Man terpaku, lantas terus ingin memangku adik angkatnya yang kecil itu.

Belum sempat Lebai Man mahu menyentuh adiknya yang di sayangi itu, ayahnya terlebih dahulu menempelak Lebai Man. Ibunya menjerit penuh kemarahan bercampur kesedihan dan ketakutan dengan apa yang telah berlaku. Hati Lebai Man buntu dan semuanya hancur, Lebai Man mula sedar kesilapan besarnya itu. "Engkau gila Man!, nasib baik tiada yang mati!, tapi kau tengok adik kau sendiri jadi mangsa Man!", herdik Pak Long yang masih lagi tergamam dengan peristiwa tersebut. "Sanggup kau Man! Dasar anak derhaka, tak sedar di untung !!", marah Pak Ismail kepada anak jantannya itu sambil menahan sebak melihat anak angkatnya melecur. "Panggil ambulans!", cadang sebilangan orang kampung yang masih terpinga-pinga melihat apa yang telah berlaku. "Inilah orang agama pakai sahaja di kepalanya kopiah, serban. Aku dah kata pasti ada buruk rupa kau begini. Aku suruh kau biasa-biasa sahaja. Kau lihat datuk kau!! Mana pernah balik lagi dah, tinggalkan nenek kau tu dan mak macam ini, kau dengan datuk kau sama!!", tambah Mak Munah melihat anaknya yang mengimbau peristiwa pahit dalam hidup ibunya, leteran yang penuh emosi ini sedikit pun tidak difahami Lebai Man. Lebai Man hanya tunduk, Pak Long menggenggam tumbuk. Mahu sahaja buku lima itu singgah di wajah Lebai Man.

Peluh jantan di dahi Lebai Man mengalir tanpa henti, Lebai Man mula merasakan dunia ini kosong. Lebai Man terduduk mengenangkan nasib adiknya dan apa yang telah dilakukannya. Selepas beberapa minit, polis tiba di tempat kejadian. Lebai Man, di usung polis, kaki Lebai Man tidak bermaya untuk menggagahkan diri di atas muka bumi. Lebai Man mula merasa lemah dan kerdil. Lebai Man sedar, syaitan sedang gembira dengan setiap perilaku yang beliau lakukan.

Setelah beberapa minggu dan polis selesai menjalankan tanggungjawab, Lebai Man telah di sabitkan kesalahan oleh mahkamah atas tuduhan cubaan membunuh dan melakukan kerosakan harta benda awam serta di penjara selama 20 tahun. Gugur jantung Lebai Man mengenangkan nasib dan masa depannya dengan hukuman penjara 20 tahun itu. Lebai Man tatkala itu belum bernasib baik walaupun usianya masih ranum dan layak duduk di bawah kesalahan juvana tetapi nasib Lebai Man agak berat mahkamah tidak meletakkannya di bawah kesalahan juvana.


Di penjara itu dahulu, Lebai Man hilang dirinya. Hilang jatinya, hilang segala-galanya. Sudahlah ibu bapa tiada menyokong, setahun akidah Lebai Man rapuh. Dia merasakan tuhan tidak adil kepadanya. Ibubapa tiada pernah menyokong. Pernah terdetik di lubuk hati Lebai Man, dia merasakan dirinya ibarat anak angkat juga seperti adik perempuannya itu. Namun, pernah jua ibu saudaranya memaklumkan. Bencinya padanya itu bukan kerana anak angkat, tetapi memaklumi datuknya telah beri berkat pada Lebai Man, beri harapan pada cucunya seorang itu. 5 tahun lamanya di usia kecil semenjak lahir, Lebai Man di jaga baik datuknya di luar negara.

Lebai Man tidak mengerti apa-apa tetapi Lebai Man hanya mengerti hatinya hanya tenang dengan jiwa beragama ini. Ibunya hanya tahu anak kecil ini tidak dapat dibentuk dengan didikan ayahnya dan dirinya. Pernah sekali di waktu kecil, Lebai Man mahu menyimpan sekeping gambar atuk tetapi di temui ibunya habis satu rumah berantakan dengan kejadian itu. Ibunya sedar sejak kecil anaknya Lebai Man sering istiqamah melakukan apa di pesan datuknya. Ibunya tidak pernah seinci berganjak ke perubahan itu. Baginya anaknya sudah lama hilang semenjak pergi menjejak ke luar negara di jaga datuknya. Lebai Man juga tidak mengerti dendam apa dalam diri ibunya terhadapnya datuknya iaitu ayah ibunya sendiri. Bapa Lebai Man juga sering menyemai perasaan benci pada atuknya. Tetapi Lebai Man sayang atuknya, sayang juga pada ibu dan bapanya tetapi cukup benci dengan sifat ibu dan ayahnya.

Selama satu tahun Lebai Man tidak dapat melihat ruang ketuhanan dan amalan dunia di celah-celah geriji besi penjara. Namun segalanya berubah selepas satu tahun, segalanya berubah dipenjara itu. Sebelumnya, Lebai Man tiada beza dengan insan di penjara besi itu. Semua dilihat buruk sahaja, bertambah buruk Lebai Man melihat dirinya sendiri. Tetapi sejak di pindahkan ke penjara pusat, Lebai Man bertemu dengan seorang yang seharusnya di temui. Seluruh warga penjara sebelum itu kecoh akan pesalah baru yang bakal dipindahkan ke Penjara Perdu yang terkenal di negara itu.

Katanya sesuku hidupnya di Kem Kemuntangkak itu. Entah dosa apa langsung tidak diketahui, di tangkap di bicara atas tuduhan mengancam keselamatan negara kerana peristiwa di Bukit Cemenggol itu. Peristiwa Memaling? Entahlah, begitulah bunyinya tak pernah tercatat dalam sejarah negara Malayzia. Anak muda mana tahu. Sejarah hanya di tulis si pemenang. Bukti? tiada. Prosiding Mahkamah ? tiada. Bicara? tiada. Peguam? usah bertanya. Begitulah jawapan pegawai penjara kepada Lebai Man ketika bertanya kepada pegawai penjara akan rakan baru di bilik penjaranya itu.

"Anak muda, orang muda, jiwa muda, biarlah di dada kamu penuh di dada, minda dan akal matang tatkala berbicara. Membungkam bicara si jiwa gundah gulana, jauh tuhan darinya, atas bicara kita jualah yang mendekatkan mereka pada-Nya"

"Apa kamu dah lupa ujian tuhan anak muda? Geriji besi itu telah menumpaskan kamu setelah syaitan juga berjaya tumpaskan kamu setahun lalu?"

Terkasima, Lebai Man dengan perkongsian kisah masing-masing sewaktu di awal pengenalan dengan rakan baru di penjara itu. "Tuhan telah menegurku melaluinya", bisik hati Lebai Man setelah lama tidak lagi melihat tuhan itulah sebesar perkara. Tanpa di pinta Lebai Man mengalirkan air mata. Wajah lelaki yang hanya di kenali Pak Ya itu merenung jauh ke dalam hati Lebai Man. Bagai dia tahu apa masalah Lebai Man ketika itu. Pak Ya hanya tersenyum fizikalnya dan sikapnya tidak pernah membuktikan penjara ini adalah halangan dirinya dengan Allah swt. Lebai Man teringat seluruh kalam suci Allah swt akan makna sebenar UJIAN dalam kehidupan ini.

Sambil menahan sebak, Lebai Man perlahan mengambil wudhuk, warden penjara hanya menjeling melihat setiap inci gerak Lebai Man. Sepanjang pengenalan warden dengan Lebai Man dia tidak tahu Lebai Man masih ada sisa ilmu agama. Dia hanya mengetahu Lebai Man hanyalah remaja bermasalah. Perlahan Lebai Man mengungkap potongan suci kalamullah sambil menangis teresak-esak ;

(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali” (Surah al Baqarah : 156)


sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang –orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); (Surah Muhammad : 31)
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang –orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Surah Muhammad : 31)

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya (Surah al Mulk : 2)

Begitu banyak sekali ungkapan kalam suci Allah swt yang keluar dari hati Lebai Man terus ke bibirnya. Warden penjara mula sedar Lebai Man ini ada kisahnya. Tangisannya tiada henti. Solat sunat taubat lantas didirikan. Lelaki yang telah merungkai jiwa Lebai Man senyum melihat perilaku Lebai Man. Warden di luar penjara tidak menoleh mahupun menjeling melainkan memandang terus wajah redup lelaki itu. Warden itu tidak mengerti apa yang berlaku. Peristiwa ini membuka cerita seluas-luasnya kepada pihak pentadbiran penjara. Ada yang kagum dengan perubahan awal di bawa lelaki se abad itu, ada juga tidak senang dengan perkara ini, kerana bakal merubah lanskap bumi pemikiran dan kesan pemikiran di kalangan pegawai penjara itu sendiri. Pemikiran apa? Politik? Ekonomi? Pendidikan?.

Lebai Man tidak berhenti menangis, namun perlahan-perlahan lelaki se abad yang di kenali Pak Ya itu membisik sesuatu "Rasulullah saw sayang kamu anak muda" ; ingatlah sabda nabi :
“Apabila Allah SWT menyayangi sesuatu kaum itu, Allah akan menguji mereka” (Jami' as Saghir : 354)

Kamulah di sayangi Allah swt itu anak muda. Mata Lebai Man berkaca lagi. Gelombang kaca itu lerai mengalir ke pipi menjamah setiap inci dosa lalu di wajahnya. Air mata taubat itu benar-benar memilukan. Cukup banyak aliran ranjau berduri dalam diri Lebai Man, tetapi Lebai Man memahami lelaki yang berdahi luas berdahi hitam penuh tanda sujud di hadapannya telah melalui ranjau perjuangan kehidupan lebih dasyat lagi. Namun ia kuat sekali, wajah lelaki itu sudah cukup menceritakan segala kekuatan dalam dirinya... bersambung

get this widget here