Pelangi Malam
Merah hitam hijau mata jiwa,
Memudar warna pelangi merah kajambuan,
Lembut helaian rambut jiwa memagar tusukan nasfu,
Peta kehidupan menyinggah lengkap tidak berupa.
Sekelumit akidah itu menghembus angin malam,
Malam dingin mendengar lagu suci mencari erti kebenaran,
Duga menyingkap hembusan khasyaf dalam nafas Istikharah,
Ternyata lemah jasad tunduk berserah layu pada Maha Mengetahui.
Alam ini adil jelas dalam neracanya,
Ada mahu dipasangkan dengan pasangan senafasnya,
Bunga mawar melukakan hati dan terluka terusan,
Ternyata sekelumit akidah membunga keimanan terus mengapuskan durjana mawar.
Langit malam di lihat cerah dalam kegelapan,
Ternyata si pencipta langit menghujan petanda sinar bintangnya,
Lembut dan sabar nadi pemuda baik-baik itu,
Ternyata tempatnya adalah wanita baik-baik itu.
Farhan Al-Gemasi,
6.30 ptg,
Jalan Raja Laut.
13/12/2010
Isu Judi Bola
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?" Surah al-Maidah : 90-91
“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala”
Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah
Apakah mereka terlupa runtuh bangun sebuah negara sama ada segi ekonomi dan pentadbiran adalah atas sebab tangan manusia yang mengurusnya. Pemimpin yang memulakannya pasti meruntuhkannya. Apakah domba mereka menyatakan fakta ramai golongan agama tidak kukuh hujah mereka tatkala menyatakan bantahan terhadap penghalalan isu judi di Malaysia?? Adakah mereka telah di sokong hujah ulama' su'(alim agama yang jahat).
(GAMBAR HIASAN)
Ibn Khaldun dalam muqadimahnya cukup menceritakan runtuh sebuah bangsa dunia bukan faktor kekalahan di dalam peperangan tetapi kurang adabnya mereka dalam pemahaman ilmu dan tidak mengamalkannya dengan membiarkan melata ARAK, JUDI dan RIBA di dalam masyarakat. Atas faktor ini negara yang teguh lagi berdisiplin tinggi mengambil peluang mengancam dan meruntuh sebuah bangsa.
Sesungguhnya, prinsip strategi formasi tentera sejak berkurun dahulu adalah; kemungkinan 100% peluang kemenangan adalah punca serangan!! Kelemahan umat Islam yang mana di hidang dengan hiburan yang merosakkan masyarakat serta seluruh keturunan muslim adalah kemungkinan 100% untuk musuh mengadakan serangan ke atas kaum muslimin. Itulah keberanian mereka di Iraq!!! dan juga di Palestin serta negara Islam.
2) Hujah apa digunakan menghalalkan lesen JUDI untuk mengelakkan judi HARAM ini? Adakah rempit halal di balas rempit haram sedangkan tetap membahayakan penunggang jalanraya lain( pemahaman berlumba di litar lumba bukan istilah rempit)...
APAKAH PULA PERANAN JAKIM
Persoalan yang itu tidak perlulah di jawab oleh saya mahupun masyarakat. Biarkanlah tangan-tangan yang tidak sedar akan kerosakan mereka lakukan menjawabnya dengan telus dan rapi.
Cerita sebuah kisah....
"Ketika September 1999,gaji pokok beliau sebagai pensyarah kanan UiTM Jengka sebanyak RM5000. Apabila mohon berhenti untuk bertanding sebagai calon Pas dun Jengka, dia dipujuk tidak letak jawatan dan dinaikkan gaji RM6000 terus. Kenaikan tangga gaji bertangga-tangga. Rumah diberikan (teres dua tingkat) dalam kawasan kampus.
Kejatuhan Lagu Nasyid (Revolusi Remaja Terhadap Agama)
Benarkah Tindakan Kita Dalam Isu Kalimah Allah?
"Kalau benarlah bumi ini untuk orang Islam tidak akan Allah swt jadikan bumi ini untuk orang kafir..."
"Kalau benarlah Allah swt tidak jadikan bumi ini untuk orang kafir, maka tidak sekali Allah swt menjadikan makhluk bernama manusia dengan KURNIAAN AKAL.."
Begitulah bentak hati mendengar segolongan manusia yang terus menerus membangunkan dan membangkitkan fahaman buta tuli dalam soal akidah tetapi naif sehingga tindakan mereka yang disangka pada diri mereka dan sesetengah yang bersefahaman dengan mereka, BETUL tetapi belum tentu benar-benar betul.
Menjustifikasikan seorang manusia bernama muslim dalam isu kalimah Allah swt dalam cara yang tidak beradab benar-benar terkeluar dari landasan adab perbincangan dalam soal KHILAF(berselisih pendapat).
Kalau adab ini tiada dalam Islam sudah lama ulama besar terdahulu berselisih dan bertelagah, sehingga perang saudara juga mungkin terjadi. Ini ramai tidak sedar. Maka pasti timbul soalan kepada ustaz farhan. "Bukankah soal agama ini yang berkaitan akidah tiada selisihnya?" Jawapan saya, benar dan mungkin juga tidak benar.
Mungkin juga tidak benar kerana dalam beberapa isu terpencil Imam Ibn Qayim al-Jauziyah, Imam Ibn Hajar, Imam Ibn Hazmi dan beberapa ulama usuludin itu sendiri berselisih dalam soal isu-isu tertentu seperti tanda-tanda orang mati syahid dan lain.
Tetapi BENAR tidak berselisih pada jawapan saya adalah pada pokok akidah tauhid uluhiyah dan rububiyah yang bersangkutan perkara berkaitan tuhan yang Esa dan lain-lain hal.
Kontradiknya disini adalah kembali kepada isu sebenar, bila segolongan mereka berdiri teguh dengan hujah yang dilihat dari mata kasar kukuh dan tidak mampu digoncang badai ombak sekalipun. Hakikatnya ia serapuh nafsu akal yang kurang mendalami masej dari dalam Al-Quran dan Al-Hadith.
Kenapa saya berkata sedemikian, lihat dua watak bercakaran dalam soal isu kalimah Allah swt. Dua-dua masih memegang kekukuhan akidah dan penerapan terbaik, tetapi salah seorang dari mereka sedang hancur dalam kedaifan nilai fiqh (syariat sebenar).
Mereka terlupa fiqh dengan non-muslim. Mulut mereka mengatakan tiada satu pun berkaitan Al-Quran dan Al-Hadith tentang tahaluf siyasi, politik dan perkara seumpamanya. Non-muslim dikatakan jijik dan muslim itu perlu menjauhi mereka sejauh yang mungkin. BENARKAH INI KENYATAAN seorang bernama muslim yang mendabik memahami Islam? Pada saya isu ini lebih kepada teknik fiqh dalam tindakan kita. Bukan lagi isu akidah dalam dombaan mereka.
Bangkitlah dan hadapi kenyataan menghadapi suasana ('urf') adalah kaedah terbaik mengelakkan kita seperti muslim yang tidak mampu menghadapi masyarakat berbilang kaum. Adakah ALLAH swt tidak kurniakan AKAL untuk kita bijak menyantuni bukan muslim. Adakah benar semua bukan muslim yang diciptakan Allah swt benar-benar perlu diperangi seluruhnya. Adakah kita pernah menonjolkan keindahan ISLAM di HATI-HATI mereka.
PERNAHKAH NON-MUSLIM di Malaysia memahami agama Islam suci ini sebaik pemahaman non-muslim luar negara? Walaupun 50 tahun lebih kita merdeka dengan sebuah negara di pimpin muslim pernahkah keseluruhan mereka memahami dengan baik ISLAM yang syumul itu?
ADAKAH BENAR NON-MUSLIM itu dijijikkan sehingga kita dituduh mengotori iman kita tatkala berhadapan dengan mereka. SEDANGKAN umat Islam sendiri membuta tuli akan hukum Islam yang perlu ditegakkan di Malaysia. Salam sayang buat YB Zulkifli Nordin yang mencintai agama, tetapi tindakannya dan tutur katanya tidak sebaris dengan tuntutan agama bila berhadapan dengan non-muslim. Sekadar teguran buat diri saya dan warga EPF yang mendengar ceramah YB Zulkifli Nordin semalam.