Benarkah Tindakan Kita Dalam Isu Kalimah Allah?

Posted by Farhan Ahmad Wednesday, March 24, 2010

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum,

"Kalau benarlah bumi ini untuk orang Islam tidak akan Allah swt jadikan bumi ini untuk orang kafir..."

"Kalau benarlah Allah swt tidak jadikan bumi ini untuk orang kafir, maka tidak sekali Allah swt menjadikan makhluk bernama manusia dengan KURNIAAN AKAL.."

Begitulah bentak hati mendengar segolongan manusia yang terus menerus membangunkan dan membangkitkan fahaman buta tuli dalam soal akidah tetapi naif sehingga tindakan mereka yang disangka pada diri mereka dan sesetengah yang bersefahaman dengan mereka, BETUL tetapi belum tentu benar-benar betul.

Menjustifikasikan seorang manusia bernama muslim dalam isu kalimah Allah swt dalam cara yang tidak beradab benar-benar terkeluar dari landasan adab perbincangan dalam soal KHILAF(berselisih pendapat).

Kalau adab ini tiada dalam Islam sudah lama ulama besar terdahulu berselisih dan bertelagah, sehingga perang saudara juga mungkin terjadi. Ini ramai tidak sedar. Maka pasti timbul soalan kepada ustaz farhan. "Bukankah soal agama ini yang berkaitan akidah tiada selisihnya?" Jawapan saya, benar dan mungkin juga tidak benar.

Mungkin juga tidak benar kerana dalam beberapa isu terpencil Imam Ibn Qayim al-Jauziyah, Imam Ibn Hajar, Imam Ibn Hazmi dan beberapa ulama usuludin itu sendiri berselisih dalam soal isu-isu tertentu seperti tanda-tanda orang mati syahid dan lain.

Tetapi BENAR tidak berselisih pada jawapan saya adalah pada pokok akidah tauhid uluhiyah dan rububiyah yang bersangkutan perkara berkaitan tuhan yang Esa dan lain-lain hal.

Kontradiknya disini adalah kembali kepada isu sebenar, bila segolongan mereka berdiri teguh dengan hujah yang dilihat dari mata kasar kukuh dan tidak mampu digoncang badai ombak sekalipun. Hakikatnya ia serapuh nafsu akal yang kurang mendalami masej dari dalam Al-Quran dan Al-Hadith.

Kenapa saya berkata sedemikian, lihat dua watak bercakaran dalam soal isu kalimah Allah swt. Dua-dua masih memegang kekukuhan akidah dan penerapan terbaik, tetapi salah seorang dari mereka sedang hancur dalam kedaifan nilai fiqh (syariat sebenar).

Mereka terlupa fiqh dengan non-muslim. Mulut mereka mengatakan tiada satu pun berkaitan Al-Quran dan Al-Hadith tentang tahaluf siyasi, politik dan perkara seumpamanya. Non-muslim dikatakan jijik dan muslim itu perlu menjauhi mereka sejauh yang mungkin. BENARKAH INI KENYATAAN seorang bernama muslim yang mendabik memahami Islam? Pada saya isu ini lebih kepada teknik fiqh dalam tindakan kita. Bukan lagi isu akidah dalam dombaan mereka.

Bangkitlah dan hadapi kenyataan menghadapi suasana ('urf') adalah kaedah terbaik mengelakkan kita seperti muslim yang tidak mampu menghadapi masyarakat berbilang kaum. Adakah ALLAH swt tidak kurniakan AKAL untuk kita bijak menyantuni bukan muslim. Adakah benar semua bukan muslim yang diciptakan Allah swt benar-benar perlu diperangi seluruhnya. Adakah kita pernah menonjolkan keindahan ISLAM di HATI-HATI mereka.

PERNAHKAH NON-MUSLIM di Malaysia memahami agama Islam suci ini sebaik pemahaman non-muslim luar negara? Walaupun 50 tahun lebih kita merdeka dengan sebuah negara di pimpin muslim pernahkah keseluruhan mereka memahami dengan baik ISLAM yang syumul itu?

ADAKAH BENAR NON-MUSLIM itu dijijikkan sehingga kita dituduh mengotori iman kita tatkala berhadapan dengan mereka. SEDANGKAN umat Islam sendiri membuta tuli akan hukum Islam yang perlu ditegakkan di Malaysia. Salam sayang buat YB Zulkifli Nordin yang mencintai agama, tetapi tindakannya dan tutur katanya tidak sebaris dengan tuntutan agama bila berhadapan dengan non-muslim. Sekadar teguran buat diri saya dan warga EPF yang mendengar ceramah YB Zulkifli Nordin semalam.

0 comments:

Post a Comment

get this widget here