Penyakit Hati Yang Halus

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu...
MELAYU ISLAM

"Anak kecil main api, terbakar hatinyanya yang sepi, air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang"Bila menyanyi retorik lagu Melayu ini, racisme membuak dalam diri, tidak percaya rezeki Allah, tidak lihat ISLAM menunjangi BANGSA. Maka mata meliar melihat akar BANGSA menunjangi ISLAM. Lupa ISLAM itu rahmatan lil 'alamin (rahmat sekalian alam), yang menunjangi seluruh bangsa di dunia. Lupa menaikkan nama ISLAM, utamanya menaikkan nama BANGSA. Bangga selaku BANGSA, sepi selaku pejuang ISLAM.Buta haraki dan nilai dakwah ISLAM,...
Pelangi Malam

Merah hitam hijau mata jiwa,Memudar warna pelangi merah kajambuan,Lembut helaian rambut jiwa memagar tusukan nasfu,Peta kehidupan menyinggah lengkap tidak berupa.Sekelumit akidah itu menghembus angin malam,Malam dingin mendengar lagu suci mencari erti kebenaran,Duga menyingkap hembusan khasyaf dalam nafas Istikharah,Ternyata lemah jasad tunduk berserah layu pada Maha Mengetahui.Alam ini adil jelas dalam neracanya,Ada mahu dipasangkan dengan pasangan senafasnya,Bunga mawar melukakan hati dan terluka terusan,Ternyata sekelumit akidah membunga...
Isu Judi Bola

“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dab beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”. Surah al-Baqarah : 219“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan...
Kejatuhan Lagu Nasyid (Revolusi Remaja Terhadap Agama)

"Ayah beli kaset Raihan, sedap lagu Syukur 21 tu", pinta seorang anak muda kepada ayahnya."Lagu Saujana lagi sedap" celah adiknya pula.Ayahnya pula yang ketika itu terkejut dengan permintaan anaknya merasakan bagai ada perubahan dari anak-anaknya. "sepohon kayu daunnya rimbun, lebat buahnya serta bunganya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya"."Syukur-syukur.. syukur ya Allah....""Sedamai taman firdausi limpahan kasih sayang sejati, seharum semerbak kasturi limpahan kasih sayang sejati,,, keluarga bahgia..."Si...
Benarkah Tindakan Kita Dalam Isu Kalimah Allah?

Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum,"Kalau benarlah bumi ini untuk orang Islam tidak akan Allah swt jadikan bumi ini untuk orang kafir...""Kalau benarlah Allah swt tidak jadikan bumi ini untuk orang kafir, maka tidak sekali Allah swt menjadikan makhluk bernama manusia dengan KURNIAAN AKAL.."Begitulah bentak hati mendengar segolongan manusia yang terus menerus membangunkan dan membangkitkan fahaman buta tuli dalam soal akidah tetapi naif sehingga tindakan mereka yang disangka pada diri mereka dan sesetengah yang bersefahaman dengan...
Seharu Biru Sehijau Ketenangan (Bahagian 2)

"Pantang Melayu di cabar !!", bentak Pak Long, bapa saudara Lebai Man yang mengetuai sidang perhimpunan satu parti 20 tahun lalu. Lebai Man duduk di sisi di panggil baca doa sahaja ketika itu. Majlis tamat, hadir berduyun sekumpulan penari dengan meriahnya, menanda temasya kecil kampung bakal bermula, sedikit demi sedikit sahutan penduduk kampung menggila sepenuh nafsu menari sekali bersama penari. Dari duduk bersahaja di kerusi plastik itu, bingkas bangun sekalian penduduk dengan godaan berhibur yang hadir tanpa dipaksa. Majlis meriah...