Fiqh Itu Mudah

Posted by Farhan Ahmad Friday, October 23, 2009

Setelah sujud di dinihari, dimana subuh yang indah serta angin bercampur dengan embun sentiasa menyentuhi pipi yang masih lembap kesan sisa wudhuk sebelumnya. Rasa syukur dengan kekuatan tuhan yang sentiasa memberi sedikit mahupun secebis kekuatan dari Maha Kuasa yang di miliki-Nya. Tatkala itu senaskah buku yang pernah dibuka dahulu di selak sehelai demi sehelai dengan penuh minat. Banyak buku di ruang itu, tapi sukar untuk menyentuhnya semula. Astaghfirullah!! rupanya makin banyak terlupa. Tatkala belajar dulu pelbagai niat datang, mahu lulus peperiksaan? mahu menyampaikan ilmu pada masyarakat setelah tamat pengajian? bekalan diri sendiri? mendapat sekeping ijazah untuk bekerja? semua persoalan bermain di kepala dalam pusingan yang sentiasa menusuk-menusuk untuk mengatakan merekalah niat yang benar.

Aku alpa senaskah buku itu biasa malahan artikel nota lama banyak sekali tersisip diruang hadapan buku itu. Buku itu bukan biasa penulisnya, luar biasa Dr. Yusof Al-Qardhawi namanya. Idola aku tatkala aku mendalami ilmu fiqh, begitu juga kagum dengan Dr. Wahbah Zuhaily dan Prof. Dr Datuk Paduka Mahmod Zuhdi (Tok Mod). Satu perkara yang menarik tentang Dr. Yusof Al-Qardhawi, praktikalnya beliau dengan gerakan perjuangan Islam bukan atas bibir semata-mata. Kalau dia berkata perlunya jemaahnya Ikhwan menguasai ilmu dan pengaruh sebuah gerakan beliau telah membuktikannya dalam diri beliau.

Kata-kata beliau dan pandangan beliau berevolusi dan ia mungkin dipengaruhi kehidupan beliau yang berhijrah lebih dari sebuah negara ke sebuah negara. Beliau tidak dapat tempat di negara beliau sendiri Mesir atas sifat kejamnya rejim sekular parti pemerintah Mesir semenjak zaman Jamal Nasir lagi yang tidak senang dengan tokoh ulama berjiwa haraki ini. Namun itu semua hikmah, penulisan beliau termasuk buku yang ku baca ini adalah antara buku yang membuka mata aku dalam dunia Fiqh sebenar selain buku " Pengantar Syariah" tulisan Tok Mod dan isteri beliau. Buku Yusof al-Qardhawi berjudul " Fi Fiqh Al-Awlawiyaat : Dirasat Jadidah Fi Dhiwa' Al-Quran" merupakan antara salah satu pemahaman aku tatkala cuba melihat dan mendalami belumlah sampai tahap mengkaji terhadap kaedah-kaedah mahupun pemikiran Fiqh al-Qaradawi. 'Fiqh Al-Awlawiyaat' ini adalah salah satu dari penekanan fiqh al-Qaradawi.

Bagi mereka yang masih tidak dapat memahami ilmu syariah dan usul al-fiqh dengan baik pasti tidak dapat mendalami apatah lagi menghargai pandangan al-Qaradawi ini. Pada sesetengan golongan mereka melihat Islam sama sudut dengan ritual ibadah yang mereka laksanakan sama seperti pemahaman mereka dalam ruang lingkup terhad seperti agama lain juga. Pemikiran al-Qaradawi pada hakikatnya membuka ruang demensi yang baru dan sangat luas andai kita juga mengadaptasinya dalam kehidupan.

Pemahaman jelas terhadap Fiqh Al-Awlawiyaat membuka prospek untuk kita melihat mudahnya Islam sehingga perkara-perkara kecil yang sudah lama kita pertikai dan berbahas serta bertanya berulang kali bukan menjadi urusan kita lagi kerana kita memahami resolusinya dengan cara Islam. Syariah amat luas maknanya, dalam aspek mengumpul harta kekayaan (ekonomi), pengurusan diri dan tali darah (kekeluargaan), pengurusan negara (politik dan pentadbiran) dan juga undang-undang menjadi resepi terhadap keseluruhan perbahasan Syariah.

Perkara ini tidak dapat disenangi Yahudi laknatullah dan juga umat Islam yang tidak pernah menyintai Islam dan juga mereka yang berfikiran sangat sempit dalam Islam (iaitu golongan yang hanya melihat Islam dari aspek rohaniyah semata-mata, tapi jahil secara jasadiyah). "Politik?, Ekonomi? Pengurusan? Undang-undang? ni apasal Islam nak campur tangan", ini lah antara isi titik noda. Dalam industri kewangan Islam sebagai contoh sesetengah praktis dalam industri ini cukup rasa tidak selesa dengan pembawaan sesetengah ustaz di departmant Syariah dalam sesetengah syarikat kewangan kerana ketegasan mereka terhadap bukan sahaja duit dan cash flow itu yang perlu syariah complaince tapi pemberi dan pengurus seperti Fund Manager, CRM dan ramai lagi perlu syariah complaince terlebih dahulu.

Islam itu akan mudah apabila pemahaman keutamaan itu mematangkan muslim dalam menilai dalam amalan harian mereka. Pemahaman Fiqh ini amat cukup sederhana dan sangat konsisten dalam menterjemahkan dalam kehidupan sebenar. Sesungguhnya Allah swt mencipta kita dan dia lebih tahu siapa kita dan sunnatullah itu bukti tahap mana keupayaan manusia dan dorongan luar biasa yang mampu muslim lakukan dalam kehidupan sementara ini. Lihat dalam salah video you tube di bawah teguran Yusof Al-Qaradawi terhadap golongan Arab yang alpa dengan kekayaan minyak dan sikap malas bekerja atau bermuamalah. :-



Kesimpulannya ulama ini telah merungkai seribu satu pemikiran ulama terdahulu terhadap sesuatu hukum furu' yang menjadi ijtihad di zaman itu seperti As-Syafie, Al-Ghazali, Al-Hanbali, As-Syaibani dan ramai lagi. Tapi amat sedih muslim zaman ini membabi buta mengambil hukum furu' yang tidak relevan dengan dengan sesuatu zaman, tempat dan keadaan. Ibarat tidak mengukur baju di badan sendiri. Tapi ingat bukan bermaksud Islam itu disesuaikan dengan zaman tapi zaman itu mesti disesuaikan dengan Islam. Maka muslim zaman ini pasti berevolusi dan menikmati Islam dengan cara lebih mudah dan konsistensi.

Wallahu'alam, selamat membaca khazanah yang terlalu banyak, apapun jangan terlupa untuk berguru, takut-takut guru kita syaitan laknatullah. Na'uzubillahiminzalik..

0 comments:

Post a Comment

get this widget here