Haru Biru Sehijau Ketenangan (Bahagian 1)

Posted by Farhan Ahmad Monday, October 26, 2009
Anak di kendung itu terus menangis, usai sudah makannya namun tetap menangis, di angkat, di riba, di gomol adakalanya tangisnya tidak pernah juga bernoktah, keheningan malam bersama irama indah unggas malam sudah lama mati, hanya teriakan bayi kecil itu memecah keheningan malam bagai lahirnya cahaya mata baru ke dunia. Namun ia tidak pernah berhenti, sehingga pusingan kudrat mencari sesuap nasi di esok harinya terjejas sama sekali. "Apa sampai kiamat tidak berhenti teriakan anak kecil ini?", dengus bapa dengan persoalan yang memang tiada jawapannya. "Apa yang di mahukannya lagi? Semua rasanya sudah mencukupi, doktor pun kata anak ini sihat", rintih si bapa yang meruntun jiwanya tatkala mengenang nasibnya. Anak kecil ini menangis lagi. Angin malam itu tiada terasa walaupun hembusannya kuat menusuk tulang putih namun peluh si bapa terus menitis tanpa henti bahkan malam itu panas sekali buat si bapa. " Ini berat pasti ada 'sesuatu' pada budak ini!", sanggah si bapa kepada Lebai Man.

"Bersabarlah Ramli, anak kau ujian tuhan", nasihat Lebai Man. "Apa mudah sekali kau tuduh 'sesuatu' pada budak ini", sanggah Lebai Man lagi. Kali ini Lebai Man tidak boleh duduk diam, Lebai Man bukan biasa orangnya, pantang sekali kalau akidah orang Islam di kampungnya tercalar dek unsur-unsur luar agama. "Mari sini anak itu", pinta Lebai Man dengan ketegasan. Ramli tiada daya melawan, berkata pun usah sekali, bagai di sorongkan bantal, mudah sahaja kepercayaan tinggi di beri pada Lebai Man. "Lebai Man tolonglah", pinta Ramli yang mati akal. "Insyaallah aku usahakan", sahut Lebai Man. "Bismillahirahmanirahim..", bisik Lebai Man ke cuping telinga bayi yang putih lembut kemerahan tu. Bisikan itu perlahan namun jelas kedengaran, terkumat-kamit bibir Lebai membaca sepotong ayat suci al-Quran,sedikit pun Ramli tiada fahamnya walaupun surah Al-Falaq itu ringkas sahaja kerana kurang hatinya pada yang Esa. Nyaring sekali bacaan Lebai Man tatkala pada ayat ke empat surah tersebut ;

maksud surah ke empat itu berbunyi; "Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembuskan kepada simpulan (ikatan-ikatan)". Di kendung bayi itu kembali kepada Ramli. Ramli terkejut anaknya tidak lagi menangis seteruk tadi bahkan tidur tenang kembali."Lebai Man jampi apa?!", soal Ramli separuh jerit, hatinya penuh kegembiraan hatinya senang kembali. Unggas-unggas dan makhluk seluruh alam berirama kembali menceriakan malam-malam hari yang biasa. Dengan penuh ketenangan Lebai Man menyusun bicara "Kau balik solat 5 waktu, faham Islam betul-betul, tak tahu bertanya, jangan ego, penting diri, selalu penuhi rumah kamu dengan nur Islam, hati insan mana tidak tenang, bayi engkau ini pun tenang", tegas Lebai Man separuh nasihat tidak menjawab sedikit pun soalan di beri.

Bukan orang kampung tidak kenal kepada Lebai Man, bapanya biasa-biasa sahaja, orang keturunan parewa sahaja, tiada yang istimewa bahkan sering sahaja alpa pada yang Esa. Ibunya begitu juga, bapa ibunya iaitu datuk Lebai Man alim orangnya, tapi hilang entah di mana, jejak pun tiada, kabar jauh sekali, katanya merantau di negara orang, tidak pernah pulang, agaknya cinta pada bahasa syurga di sana. Namun datuk lupa anaknya seorang ini makin jauh dari agama bahkan alpa pada Esa. Ibu Lebai Man cukup membenci bapanya yang tidak pernah memberi sedikit kasih dan sayang, malah akidah anak perumpuannya itu kuat tergoncang dek pengaruh suaminya. Tapi orang kampung juga tidak lupa, Lebai Man jugalah orang yang telah merubah segala-galanya.

Lebai Man jugalah orang yang telah membawa ibu dan bapanya kembali mengingati pada yang Esa. Hampir seluruh kampung gempar projek Lebai Man membuka pondok moden di kampung itu, setelah hampir sedekad menghilang diri dan berhijrah dengan bekalan bawaan fitnah orang-orang kampung akibat derhakanya pada ibubapa dan orang kampung. Fitnah besar orang berdarah Melayu ini bukan kecil-kecilan fitnahnya, sampai kekubur yang wangi itu ia membenam di lubuk-lubuk jiwa orang Melayu ini.

Mengenang kembali nasib Lebai Man di Kampung Batang Keris itu ibarat titik hitam dalam sejarah hidup beliau.Ujian tuhan itu berhikmah rupa, kerana sayang tuhan pada Lebai Man, ujian itu merubah jiwa Lebai Man. Orang kampung semua tahu ibubapa Lebai Man tidak suka sikap Lebai Man yang terlalu soleh itu, bukan kerana sikap Lebai Man yang bersifat soleh untuk dirinya di benci ibubapanya, namun sikap Lebai Man yang suka pada perjuangan Islam dan ingin sekali Lebai Man mahu melihat orang kampung menjadi seperti dia walaupun tatkala itu Lebai Man usianya 17 tahun sahaja. Maka Lebai Man di maki dan di caci. Caci orang kampung bukan biasa, tahi yang hinggap di wajah itu masih biasa lagi, namun hina lagi maki orang kampung yang tersangat luar biasa itu... bersambung

0 comments:

Post a Comment

get this widget here